Seronok tak kalau dapat order macam kat atas setiap hari. Bangun pagi mesti semak email dulu. Ada order ke tak. Ni memang sindrom biasa kalau dah mula menjual di eBay.
Turun naik jualan di eBay tu perkara biasa. Kalau turun je order eBay memang kena buat sesuatu. Kalau semakin naik order eBay kira anda berada di jalan yang betul.
Tapi awas jangan order semakin meningkat disebabkan jual barang terlarang di eBay seperti ubat kuat.
Tiada rahsia pun macam mana nak buat untung besar di eBay. Jual barang dengan nilai yang besar secara logiknya untung semakin besar. Jual barang yang nilainya kecil secara logiknya untung pun kecil.
Namun kena ada langkah dan strategi yang betul. Silap haribulan bukannya untung yang besar tapi rugi yang besar apabila terdapat masalah.
1) Mula jual barang dengan harga $100 USD kebawah dahulu
Jangan terburu-buru. Memang betul jual harga tinggi untung pun tinggi. Mulakan dengan nilai yang kecil dahulu.
2) Pastikan margin keuntungan sepadan dengan harga jualan
Jual barang dengan harga $50 USD dengan keuntungan kasar RM50 atau harga jual $200 USD dengan keuntungan kasar RM50. Sudah tentu pilihan yang pertama lebih baik.
Jangan mengharap sangat jual barang $200 USD nak dapat untung kasar RM300. Tetapi pastikan dapat untung yang setimpal dengan risiko dan modal yang dikeluarkan. Dapat untung sekurang-kurangnya RM100 lebih pun dah berbaloi.
3) Risiko yang ditanggung
Sekiranya jual barang dengan harga $100 USD dan pembeli komplen dan anda terpaksa pulangkan duit pembeli. Berapa banyak lagi jualan $100 USD yang perlu terjual untuk menampung kerugian jualan yang pertama tadi.
Sekiranya perlu terjual lagi 6 unit untuk tampung kerugian, fikirkan balik. Berbaloi ataupun tidak jual barang itu. Ini bermakna sekiranya terjual 7 unit dan terdapat satu kerugian maka anda tidak dapat untung apa-apa.
4) Jual barang dengan kualiti terbaik
Jual barang yang tak original memang untung banyak. Tetapi ada risikonya. Contoh yang pertama eBay akan buang listing anda dan kebiasaannya beri rehat (temporary 3-day restriction) untuk 3 hari jika kesalahan pertama.
Pembeli yang bijak akan buli anda. Mereka tahu barang tidak original dan mereka beli juga. Selepas sampai mereka open cased di eBay sebab barang tidak original. Bijak kan pembeli ni?
5) Gunakan kurier yang bagus
Setiap perjalan barang anda boleh disemak lokasinya. Sekiranya hari ini hantar, lagi 2 hari barang itu ada dimana. Pembeli akan bertambah yakin dan meningkatkan kebarangkalian untuk membeli di kedai eBay anda lagi.
Mana tak suka pembeli dari London ni. Hantar hari Sabtu dari Malaysia, hari Isnin dah dapat. Kurier yang digunakan ni ada diterangkan dalam Panduan Export Mudah.
Namun biasanya mengambil masa 4 hingga 7 hari bekerja untuk sampai ke alamat pembeli.
6) Sentiasa upgrade ilmu
Masalah memang akan sentiasa muncul. Kalau tidak silap pada tahun 2013. Masa tu kos untuk hantar ke luar negara sangat murah. Guna Pos Malaysia dan perlu pakai stem. Selepas itu Pos Malaysia perkenalkan Flexipack International. Kos meningkat sedikit.
Bermula awal bulan ni pula Pos Malaysia sudah hentikan servis Flexipack International buat sementara waktu. Ada seribu satu masalah yang akan muncul.
Bagi yang sudah mendapatkan Panduan Export Mudah sudah banyak perbincangan ini dalam Support Group Facebook. Ada beberapa penyelesaiannya.
Bagi yang nak tanya terus dengan kami secara bersemuka dan upgrade ilmu boleh daftar untuk bengkel pada 5 September 2020. Butiran mengenai bengkel ada dinyatakan disini.
7) Kemaskini 2022-10-05
Buat masa ini kami belum buat bengkel kembali secara bersemuka. Jika ada akan dimaklumkan di laman JvWarrior.com ataupun di blog ini.
Strategi yang dikongsi masih diguna pakai. Masih relevan.