Estimated reading time: 2 minutes
Ada masanya anda ingin balas feedback yang pembeli beri. Mungkin anda memang suka balas feedback ataupun untuk mempertahankan diri anda.
Sebagai contoh pembeli beri maklum balas negatif yang tidak masuk akal. Anda boleh balas untuk menerangkan kepada bakal pembeli yang lain.
Kebiasaannya penjual baru yang rajin balas maklum balas pembeli. Penjual yang lama biasanya malas ataupun tidak ada masa untuk layan karenah pembeli yang tidak masuk akal.
Perlu diingat salah satu kriteria bakal pembeli ialah mereka lihat maklum balas anda dahulu. Jika tiada maklum balas negatif baru pembeli buat keputusan beli daripada anda berbanding orang lain.
Namun jika anda penjual baru tiada masalah jika tiada feedback. Ramai yang dapatkan Panduan Export Mudah sebagai penjual baru dan tidak ada maklum balas dari pembeli di eBay. Dan ramai yang sudah berjaya mendapat jualan bermula dengan tiada maklum balas.
Senang sahaja untuk balas apa pembeli beri maklum balas. Klik link ini
https://feedback.ebay.com/ws/eBayISAPI.dll?PersonalizedFeedbackLogin
Anda perlu masukkan nama pengguna dan juga kata laluan kemudia pilih maklum balas mana yang ingin dibalas. Sebagai contoh ingin balas seperti dibawah
Beri sebab dan terangkan. Mungkin bakal pembeli lain faham masalah yang timbul. Jangan risau, maklum balas tidak 100% masih banyak lagi jualan yang anda akan dapat.
Agak mustahil untuk kekalkan maklum balas 100%. Mungkin boleh dapat 100% jika order anda hanya 5 sebulan. Ataupun tidak ada order dalam masa 3 bulan.