Memberi feedback adalah salah satu cara untuk menghargai atau mengucapkan terima kasih kepada pembeli. Untuk pengetahuan anda di eBay anda boleh memberi auto feedback.
eBay menyediakan satu features yang boleh membantu anda dalam memberikan feedback secara automatik iaitu dengan menggunakan Selling Manager Pro.
Apa itu Selling Manager Pro
Selling Manager Pro yang terdapat pada Seller Hub digunakan untuk membantu anda memberikan feedback kepada pelanggan secara automatik selepas mereka membuat pembayaran.
Dengan Selling Manager Pro anda boleh mengakses laporan tambahan, pengurusan inventori dan automation features dengan harga $15.99 sebulan.
Untuk mencari features ini di ebay anda boleh pergi ke Home > My eBay > My Account > Subscriptions

Selling manager pro ini percuma jika anda langgan eBay store premium dan ke atas. Ianya bermula dengan harga $74.95 USD sebulan.
Fungsi Selling Manager Pro di Seller Hub
Setiap fungsi yang ada pada Selling Manager Pro boleh digunakan setelah anda mendaftar. Antara fungsi-fungsinya adalah:
- Menguruskan produk, track inventory, dan listing template kedai
- Boleh lihat dan muat turun aktiviti jualan
- Listing secara automatik dengan meletakkan semula barangan yang tidak terjual.
Cara Guna Dan Ubah Feedback
Semasa anda memberi feedback kepada pembeli, Selling Manager Pro akan menunjukkan komen yang anda boleh guna. Anda boleh guna pilihan komen yang diberikan di ruangan menu.
Anda juga boleh membuat tambahan atau mengubah komen anda.
Disini cara untuk tambah, edit atau padam komen anda.
- Dari Leave feedback page , pilih edit Stored Comments
- Anda boleh edit komen anda (Anda boleh reka komen yang sesuai – Hope to deal with you again! Thank you )
- Pilih Save Comments
Anda juga boleh hantar email secara automatik untuk minta pembeli untuk memberi feedback.
Cara Nak Set Automatik Feedback (Selling Manager Pro)
Berikut adalah cara-cara automatic feedback setting yang anda boleh rujuk:
- Pergi ke Automation Preference di Selling Manager Pro, boleh scroll ke bawah di ruangan feedback.
- Pilih antara pilihan yang anda nak berikan feedback kepada pembeli.
- Buyer has paid for this item : Secara automatik akan meninggalkan feedback bila anda mark a payment as received
- Buyer has paid for this item and left me positive feedback : Secara automatik akan meninggalkan feedback bila anda mark a payment as received dan pembeli sudah memberi feedback yang positif
- Akhir sekali pilih Apply.
Secara automatik Selling Manager Pro akan memberi feedback kepada pembeli. Anda boleh guna stored comment jadi anda tidak perlu taip komen setiap masa.
Ataupun anda boleh pergi ke seller hub. Kemudian cari bahagian feedback

Klik manage automated feedback kemudian paparan di bawah akan muncul

Pilih ikut kesesuaian yang anda mahu.
Baca: Bagaimana Nak Capai Top Rated Seller Melalui Bisnes eBay
Anda boleh jimatkan masa anda dengan menggunakan auto feedback di eBay. Untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai ebay anda boleh rujuk Panduan Export Mudah.