Cara eBay kira feedback anda bergantung kepada 4 kriteria. Accurate description, Reasonable postage costs, Postage speed dan juga communication. Cara untuk anda jaga feedback adalah seperi berikut
Accurate description
Buat deskripsi mengenai barang anda selengkap yang boleh. Jika barang anda ada dimensi, tulis dimensi dalam ukuran centimeter ataupun milimeter. Jika besar tulis dalam ukuran meter.
Jika ada manual cara penggunaan barang itu boleh tulis sekali dalam deskripsi. Ambil gambar dalam sisi yang berbeza untuk menunjukkan produk yang dijual dengan jelas.
Reasonable postage costs
Barang yang dijual itu boleh buat penghantaran percuma dimana tiada kos penghantaran dikenakan. Sebenarnya sudah dikira dalam kos harga jual barang itu siap-siap.
Dengan meletakkan penghantaran percuma peluang anda untuk dapat 5 bintang sangat tinggi.
Postage speed
Siapa tak suka dapat barang cepat? Pembeli di eBay kebiasaannya sudah biasa beli barang dari luar negara. Walaupun sampai dalam masa 4 minggu mereka boleh faham.
Namun tak semua faham. Ada juga kes yang tak masuk akal dimana sudah terang-terang nyatakan yang akan sampai dalam masa 2 hingga 4 minggu tapi dalam masa 3 hari sudah tanya bila barang akan sampai.
Terangkan dengan ayat yang betul. Biasanya mereka akan faham.
Pakai kurier yang boleh semak status terkini dimana barang itu berada. Lagi-lagi jika melibatkan jualan dengan nilai yang tinggi.
Communication
Jika ada pertanyaan daripada pembeli, jawab dalam masa 24 jam. Walaupun pertanyaan itu remeh temeh ataupun tak masuk akal, layankan sahaja soalan pembeli ini.