Selepas anda mendaftar akaun eBay, username eBay anda akan dapat secara automatik. Ianya mungkin tidak sedap ataupun tidak sesuai dengan kehendak anda.
Ianya boleh ditukar selepas 30 hari dari tarikh dapat username. Boleh tukar kepada nama yang lebih unik mengikut citarasa anda
Cara-cara nak tukar username eBay seperti dibawah
Apakah kesan yang akan dihadapai?
Jika sudah lama berniaga di eBay, pembeli setia anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mencari kedai anda.
Di sebelah username eBay anda akan ada satu ikon. Ikon ini menandakan yang username baru diubah dan akan sentiasa ada selama 14 hari. Ianya terpapar di semua listing, feedback dan sebagainya.
Dalam masa 30 hari, orang lain tidak boleh gunakan username eBay lama anda. Selepas 30 hari baru orang lain ambil ataupun guna username lama itu.
Walaupun telah diubah username eBay, sejarah jualan dan juga feedback eBay tidak berubah. Jika sudah dapat negative feedback, ianya masih kekal.