Menurut eBay, bermula 1 October 2020 pihak eBay akan hentikan perlindungan kepada penjual sekiranya barang yang dihantar kepada pembeli lambat diterima.
Sebelum ini jika barang lambat diterima pembeli pihak ebay akan buang transkasi yang lambat diterima itu.
eBay membuat keputusan ini setelah data yang mereka dapati terdapat peningkatan yang konsisten bahawa tiada lagi barang yang lambat diterima oleh pembeli.
Dari masa ke semasa eBay akan memantau tentang situasi ini. Jika data mereka menunjukkan masih banyak lagi masalah penghantaran, kemungkinan polisi mereka akan ubah lagi.
Bagi mereka yang menghantar barang pada bulan Mac, April, Mei tahun ini menggunakan khidmat kurier biasa dan bukannya express, pasti ramai pembeli yang komplen barang tidak sampai.
Ada banyak kes yang sehingga 2 bulan baru sampai. Barang yang pembeli komplen tidak sampai-sampai walaupun selepas 2 bulan pun ada.
Contoh diatas transaksi barang yang eBay buang disebabkan pembeli lambat diterima. Selepas ini tiada lagi transaksi yang eBay akan buang. Ianya akan dikira sekiranya barang lambat sampai kepada pembeli.
Untuk makluman sekiranya banyak barang yang pembeli lambat terima akaun eBay akan ada masalah seperti akaun menjadi below standard.