Untuk penjual baru eBay, apa strategi jual barang di eBay? Nak ikut kompetitor lain agak susah. Mereka berpengalaman. Modal besar dengan beli stok banyak dari pembekal. Sehari penghantaran mereka dah berpuluh ataupun beratus.
Strategi ini yang Tim Export Mudah buat dahulu semasa baru menjual di eBay. Malah sekarang pun masih buat lagi juga.
1. Tunjukkan tarikh luput
Kalau ada tarikh luput, tunjukkan dalam gambar dan tajuk listing tu. Bakal pembeli ada kalanya malas nak mesej penjual.
Harga mahal sikit dan tunjukkan tarikh luput yang lama lagi dan memuaskan hati bakal pembeli.
Kalau penjual lain terjual 121 barang (rujuk 2 di atas), dapat terjual 71 barang (rujuk 1 di atas) pun dah ok. Ingat ye, yang penting ada untung bukannya terjual banyak dan untung nipis sangat.
2. Tunjukkan gambar real ataupun sebenar
Kalau orang lain guna gambar studio yang berlatar belakang putih, tunjukkan gambar sebenar.
Tidak susah jika nak buat gambar macam diatas ni.
Baca : Cara buang latar belakang produk
Mengikut pengalaman kami, pengguna lebih suka gambar yang real ataupun sebenar. Ambil gambar di tangan ataupun atas meja.
Gambar sebegini lebih unik dan tarik perhatian pembeli. Tujuannya ada supaya pembeli pergi ke listing kita. Ada yang malas nak bandingkan harga dengan penjual lain. Dah nampak listing menarik, klik dan kalau harga masuk akal mereka terus beli.
3. Jual murah sikit dan kenakan caj penghantaran
Strategi jual barang eBay ni yang paling ramai orang guna. Kalau orang lain jual harga $39.90 USD dengan tidak kenakan kos penghantaran. Anda boleh cuba jual $32.90 USD dengan kenakan caj penghantaran $28 USD.
Sudah tentu jualan tidak sebanyak mana tetapi ada juga jualan.
Akhir kalam
Bergantung kepada situasi masing-masing boleh cuba strategi jual barang eBay ini. Ikut pemerhatian kami ramai yang gunakan strategi ni. Namun untuk berjaya anda boleh fikirkan lagi startegi sendiri.
Ini hanya panduan sebagai pembuka idea sahaja.
Oh ye, bagi yang ingin mandapatkan cara jual barang di eBay boleh dapatkan Panduan Export Mudah. Bagi yang sudah dapatkan version 1 anda perlu masukkan kod diskaun EMV12V2 & guna email yg sama untuk dapatkan diskaun 50%.