Estimated reading time: 2 minutes
Penjual eBay perlu ambil kira berapa untung minimum yang perlu diambil sekiranya barang mereka terjual. Jika ambil untung sedikit ditakuti tidak bertahan lama. Jika jual dengan harga tinggi ditakuti tiada pembeli.
Jika baru menjual di eBay jangan ambil untung bawah RM10. Walaupun tiada jawapan yang khusus berapa untung yang diambil pastikan ianya berbaloi.
Ada kalanya lebih baik barang tidak laku jika keuntungan yang diterima sedikit sahaja.
Sebagai contoh jika jual dengan harga $132.90 USD dan untung bersih hanya RM40, anda perlu fikir banyak kali. Kalau tidak jual pun tidak apa.
Ini kerana jika laku 10 barang keuntungan baru RM400 manakala modal yang dikeluarkan adalah RM4,942.58 jika diambil kira kadar 1 USD bersamaan RM4.02.
Dalam 10 barang itu ada sorang pembeli yang tidak puas hati dan open cased di eBay. Kemudian perlu pulangkan balik duit ke pembeli. Anda sudah rugi.
Sudah lah kena keluarkan modal RM4,942.58 rugi pula tu. Rugi modal dan yang paling penting rugi masa mana boleh ganti. Ok lah jika katakan ianya pengalaman. Tapi jangan jadi tidak bijak kerana ianya boleh dielakkan.
Ikut pengalaman ramai penjual yang menjual dengan keuntungan yang sangat sikit tidak lama bertahan di eBay. Selepas setahun dua mereka lenyap terus.
Biasanya setiap tahun syarikat kurier akan naikkan kadar penghantaran. Boleh baca balik dalam terma dan syarat. Ada yang naikkan dengan kadar 5% setiap tahun.
Kenapa naikkan kadar setiap tahun? Logiknya sebab inflasi. Nasi lemak pun naik harga apatah lagi syarikat kurier.
Jika jaga hubungan dengan sales manager syarikat kurier dengan baik mereka mungkin boleh tolong. Mungkin ya, mungkin mereka tidak boleh tolong.
Perlu pastikan juga pembayaran bil kurier sebelum tarikh akhir yang sepatutnya. Jangan sampai bahagian kredit syarikat kurier telefon anda untuk kutip hutang.
Sukar untuk anda dapatkan kadar penghantaran yang lebih baik jika lambat bayar bil. Untuk makluman ada syarikat kurier yang menawarkan tidak perlu bayar dahulu kos penghantaran. Mereka beri kredit selama 2 hingga 4 minggu.