Tengah rehat santai-santai tiba-tiba dapat email eBay “Your account has been restricted”. Ni namanya dapat warning dari eBay.
Ada banyak sebab dapat email macam ni. Salah satunya ialah jual barang yang tidak dibenarkan di eBay. Ada banyak barang yang tak boleh dijual di eBay.
Contohnya ubat kuat. Yang ni memang ramai yang jual dan laku. Kesannya akan dapat notis “Your account has been restricted”.
Bergantung kepada berapa kali kesalahan, biasanya untuk pertama kali akan dapat cuti 3 hari.
Impak yang anda hadapi

Selain itu listing yang anda sudah buat di eBay akan diberhentikan. Jika dapat cuti 3 hari, potensi pembeli tidak akan nampak barang yang anda jual di eBay.
eBay sorokkan barang anda. Jika mereka masuk ke kedai anda di eBay ataupun taip nama kedai anda. Bakal pembeli tidak akan nampak apa-apa.
Kalau cerita mistik di television sama macam tutup hijab mata 😂. Dapat email “Your account has been restricted” memang termenung.
Masih boleh dapat sales
Tetapi anda masih boleh dapat sales. Jika buat eBay promoted listing, apabila bakal pembeli lihat barang orang di kedai lain. eBay akan bagi senarai barang yang sama jika anda buat eBay promoted listing.

Jika ada rezeki mereka iaitu pembeli akan klik dan beli. Bagi mereka yang sudah masukkan ke bakul pembelian tetapi masih belum bayar pun sama. Mereka masih boleh beli.
Kira eBay tak tutup hijab mata pembeli terhadap kedai anda 100% pada masa artikel ini ditulis. Perkara biasa bila dapat email sebegini. Pastikan tidak ulangi kesalahan yang berulang.
Akhir kalam
Jika dahulu anda tidak boleh buat perubahan listing eBay, sekarang anda boleh buat. Anda boleh edit listing walaupun dapat notis “Your account has been restricted”.
Jika tidak buat promoted listings anda boleh buat untuk dapatkan jualan. Tidak apa untung semakin mengecil daripada tiada jualan langsung.
Ada dapat notis seperti ini? Kongsikan pengalaman anda diruangan komen.