Tak tahu nak jual apa di Shopee? Cuba jual makanan. Banyak dah laku di Shopee. Ada yang senang nak dapat dan jual balik semula.
Tak perlu idea yang bombastik dan idea yang unik. Yang penting konsisten. Kelebihan jual di platform seperti Shopee, Lazada, eBay, Mudah dan yang lain ialah sudah ada pembeli.
Mereka memang dah sedia untuk membeli barang. Yang penting jual apa yang pasaran mahukan ye!
Salah satu niche yang laku keras di Shopee ialah makanan. Mari kita lihat senarai makanan yang laku beribu di Shopee.
Pisang Salai Rangup Original
Mendapat jualan mencecah 3,700 terjual di Shopee. Kerepek Pisang Salai ini diperbuat dari pisang yang segar dan anda boleh rasa kerangupannya sendiri.
Bukan sahaja menjual Pisang Salai Rangup, malah kedai mereka juga anda menjual pelbagai jenis kerepek yang anda boleh dapatkan di Shopee.
Oden Viral Cekyana
Antara makanan viral yang anda perlu cuba. Cara masaknya juga senang. Dah boleh berstemboat bersama keluarga di rumah sahaja.
7,500 sudah terjual di Shopee. Beli di Shopee sebelum kehabisan stock.
Pes Thai Tom Yum
Dengan ada Pes Tom Yam, anda boleh memasak dengan cepat dan mudah. Buat Tom Yam tak perlu dah nak banyak-banyak bahan. Buat nasi goreng tom yam pun boleh.
Boleh dapatkan di Shopee kalau nak cuba. Dah 5,800 terjual daripada Shopee.
Cheese Powder Nacho Dip Sauce
Untuk anda pengemar cheese. Berbaloi beli cheese powder ni, boleh makan dengan burger, nugget, kentang dan lain-lain.
Hanya bancuh dengan air panas dan dah siap untuk di makan. Nak harga yang murah boleh dapatkan di Shopee.
Pes Nasi Arab Yameni Mandhi
Kalau beli di Shopee, setiap set akan di berikan beras dan pes segera. Cara-cara penyediaan pun ditunjukkan pada pek tersebut.
Untuk set 500g sesuai dimakan untuk 4-5 orang dewasa. Sudah terjual sebanyak 9,200 di Shopee.
Mee Siput
Dekat Shopee juga ada menjual mee siput. Jangan risau sebab stok mee siput digoreng fresh setiap hari dan stok adalah sentiasa baru sebelum dipos.
Mungkin sekarang dah jarang nak dapatkan di mana-mana kedai luar. Anda boleh dapatkan di Shopee, 18,800 unit sudah terjual.
Kek Lapis
Antara makanan yang terkenal di kalangan orang Sarawak. Kek lapis ini juga agak rumit cara pembuatanya.
Tapi dengan kepelbagaian jenis rasa dan warna, dapat menarik perhatian pembeli di Shopee kerana 33,700 sudah terjual di Shopee.
Sambal Garing
Sambal yang dah ready made sangat sesuai untuk surirumah yang bekerja. Terjual di Shopee mencecah 14,300 unit jualan.
Hanya perlu masakkan semula untuk dijadikan makanan. Ia juga tidak memerlukan masa yang lama.
Kacang Cashew Almond Pistachio
Bahan makanan yang kering seperti kekacang agak mudah laku di Shopee berbanding makanan yang basah. Kekacang ini juga laku pada musim perayaan karana ianya mudah disediakan.
Biskut Butter
Biskut ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai doorgift untuk majlis keramaian seperti perkhawinan.
Kalau susah nak dapat, cari sahaja di Shopee sebab dah 5,500 unit sudah terjual di Shopee .
Crispy Choco Tub
Choco tub ini antara makanan yang viral pada zaman sekarang. Ianya juga ringan dan mudah dibawa kemana-mana.
Sesuai untuk kudap-kudapan. Untuk yang minat coklat boleh cuba dapatkan di Shopee
Kerepek Ubi Pelbagai Perisa
Kerepek adalah salah satu makanan ringan yang popular dari kanak-kanak sehinggalah orang tua.
Penjual di Shopee ini, mereka menghasilkan pelbagai perisa dan jenis selari dengan permintaan pelanggan sekarang.
Akhir kalam
Barang makanan yang laku di Shopee ni mungkin anda selalu nampak ataupun makan. Idea nya cari pembekal kemudian bungkus semula. Contohnya kerepek.
Baca : Contoh barang laku di eBay
Ada beribu jualan sebulan di Shopee setiap bulan. Cari pembekal yang jual dalam 5 kilogram kemudian bungkus semula dalam kuantiti 250 gram ataupun 500 gram.
Jika tak tahu nak cari pembekal beli sahaja di Shopee kemudian bungkus balik. Lepas tu jual balik di Shopee.
Kalau dah jual makanan seperti kerepek dan laku di Shopee tetapi tak tahu cara nak bungkus. Untuk dipos kepada pembeli.
Senang sahaja. Tengok komen pembeli. Boleh dapat idea dari situ. Kalau ada bajet beli dari penjual lain hanya untuk tahu cara pembungkusan.
Jika tak tahu nak jual barang lain boleh rujuk Panduan Auto Shopee. Apa yang best anda tak perlu pegang stok. Nak buat listing barang di Shopee pun auto sahaja. Pendek kata tugas anda sangat minima dan tunggu duit masuk.
Klik sini untuk dapatkan
Selamat mencuba!