Tujuan eBay promoted listings ataupun eBay ads hanya satu iaitu buat duit dengan lebih banyak di eBay.
Ianya sama macam ads lain seperti facebook ads, google ads dan juga ads dari platform lain.
Buat masa ni untuk akaun baru tiada ciri ini. Selepas berjaya buat beberapa jualan akan ada ciri-ciri ini dibawah sekali semasa ingin membuat penyenaraian barang di eBay.
Walaupun eBay dan PayPal sudah kenakan caj sebanyak 15% (lebih kurang) dengan eBay promoted listings ini caj tambahan akan dikenakan. Apa yang menariknya jika terjual baru dikenakan yuran.
Maknanya selagi barang tidak terjual ianya tidak dikenakan. Jika terjual sahaja akan dikenakan.
Berbeza dengan facebook ads, google ads ataupun platform yang lain dimana jika potensi target tengok sahaja iklan sudah dikenakan caj.
Perlu buat ataupun tak?
Kalau nak buat duit lebih dengan eBay anda perlu guna promoted listings ini. Letakkan diri anda di pihak eBay. Penyedia platform sudah tentu mahu dapat hasil yang lebih dari penjual.
Tetapi pastikan barang yang dijual itu ada untung. Tak guna barang laku dengan buat ads tetapi rugi. Buat kerja percuma sahaja.
Dimana eBay promoted listings ini dipaparkan?
Tak tentu. Biasanya ada diatas sekali bagi kata kunci yang orang cari di eBay. Ada juga yang tiada buat eBay ads tetapi ada di atas.
Sebagai contoh kata kunci “shirt” digunakan
3 baju dengan kata kunci ini berada diatas sekali menggunakan eBay ads. Baju yang ke empat sehingga sebelas tidak buat eBay ads. Baju yang ke 12 buat eBay ads
Ada banyak faktor yang menyebabkan sesuatu barang itu diatas sekali. Salah satunya ialah eBay promoted listings.
Macam biasa setiap bulan eBay akan bagi senarai lengkap yuran yang perlu dibayar seperti eBay ads ini.
Tips untuk buat eBay ads
- Pastikan ada untung selepas tolak yuran eBay, PayPal dan ads. Boleh guna kalkulator eBay untuk kira untung rugi.
- Tidak semestinya jika buat listing akan berada diatas sekali. Ada banyak faktor seperti berapa lama untuk hantar barang, gambar produk, deskripsi produk, berapa ramai yang sudah beli, feedback eBay dan banyak lagi.
- Sentiasa semak kadar eBay promoted listings ni. eBay akan nyatakan secara purata berapa peratus penjual lain buat ads.
- Bergantung kepada strategi, ada yang jual hanya ambil untung sedikit sahaja. Selepas itu akan dapat mesej pembeli melalui nombor telefon untuk order berikutnya.
Akhir kata
Apa pun yang anda lakukan untuk buat duit dengan eBay pastikan ada untung. Jangan rasa tiba-tiba ada banyak duit walhal itu duit yuran eBay dan kos penghantaran.
Ada ads ataupun tidak ianya hanya lah alat sahaja. Apa yang penting jual apa yang pasaran mahukan dan bukannya apa yang anda mahu jual.
Jika terdapat ramai pesaing biasanya ads ini akan membantu. Jika tidak tahu nak menjual apa di eBay boleh rujuk Panduan Export Mudah.
Ada sesuatu yang ingin dikongsikan, ceritakan di ruangan komen. Terima kasih.