Percaya ataupun tidak yang durian boleh di export ke luar negara. Antara yang popular ialah durian udang merah dan juga musang king. Memang kecur mulut bila lihat durian kucing tidur. Pokok durian pun ada yang jual.
Pada tahun 2019 ada penjual dari Malaysia yang menjual benih pokok durian. Penjual itu mempunyai Sijil Fitosanitai dimana ianya membolehkan penjual export barang ke luar negara.
Salah satu syarikat yang mensasarkan jualan di peringkat global ialah Newleaf Plantation Berhad. Mereka bekerjasama dengan pihak DHL bagi menghantar pelbagai jenis seperti durian udang merah dan musang king.
Berapa lama durian ni sampai
Menurut pihak DHL mereka akan hantar ke Hong Kong dalam masa kurang daripada 24 jam dari Malaysia. Ianya sesuatu yang menarik minat pembeli. Jika beli barang di platform tempatan pun tak semua pembelian akan dapat dalam masa 24 jam.
China tiada pokok durian?
Iklim di China tidak sesuai untuk tanam pokok durian. Mereka ada tanam juga tetapi rasanya tidak sedap seperti dari Malaysia.
Menurut portal SCMP pada awal October 2020 sebanyak 60 tan ataupun kira-kira 300,000 biji durian terjual. Ianya sebahagian daripada festival durian China – Malaysia 2020.
Menurut SMP lagi, hanya 3 peratus populasi China yang mencuba buah ini. Bermakna terdapat potensi 1.3 bilion orang yang masih belum mencuba.
Ada yang dieksport dengan kulitnya sekali. Ada juga yang dieksport dengan sudah dibuka dan diletakkan didalam bekas dan ada juga yang dijadikan dalam bentuk paste.
Kadang kala penduduk tempatan yang di anak tirikan. Pernah nak beli durian di Segamat tetapi pemilik kedai cakap tak jual disini. Walhah satu lori penuh.
Baru teringin nak makan yang isi durian kucing tidur. Rupanya pasaran luar negara lagi lumayan. Dengan boleh dijamin sampai dalam masa 24 jam. Siapa tak suka kan?
Ada ada sesuatu yang ingin ditambah? Nyatakan di ruangan komen.