Nampak macam pelik tapi memang realiti memang ada terjual benih buahan-buahan tempatan di eBay. Inilah salah satu kelebihan bisnes rentas sempadan.
Untuk menjual benih perlu ada Sijil Fitosanitai (Phytosanitary Certificate) daripada Jabatan Pertanian Malaysia. Ini bagi memastikan benih yang dijual itu tiada penyakit yang boleh merebak ke negara lain melalui tumbuh-tumbuhan.
Sekarang mari kita lihat benih yang telah dijual oleh penjual tempatan ke luar negara
1) Nenas Madu
Sudah laku 6 unit! Satu unit dijual sebanyak $34.99 USD beserta kos penghantaran sebanyak $18.00 USD. Pembeli harus membayar sebanyak $52.99 USD untuk membelinya.
2) Pisang Merah (Red Banana)
Sudah 5 unit terjual dengan harga sebanyak $55.00 USD termasuk kos penghantaran. Yang penting kena ada Sijil Fitosanitai.
3) Durian Musang King
Boleh tahan harga benih ini. Terjual dengan harga $113.99 USD termasuk kos penghantaran. Ini bersamaan hampir RM450.
Betul ke memang terjual?
Memang betul terjual. Anda boleh lihat berapa yang sudah sold seperti gambar diatas. Cara nak lihat barang yang terjual ini senang sahaja. Dalam Panduan Export Mudah ada ditunjukkan cara-caranya. Hanya perlu masukkan keyword yang ingin dicari di eBay.