Pada 8 Ogos 2022 penyanyi, pelakon dan juga aktivis Olivia Newton John meninggal dunia disebabkan kanser. Beliau terkenal dalam filem Grease pada tahun 1978 bersama John Travolta.
Disamping filem ada banyak lagu beliau yang popular. Mungkin anda tidak kenal disebabkan hampir 76% pembaca Rentas Sempadan dibawah umur 44 tahun menurut statistik Google Analytic pada 17 Ogos 2022.
Seperti biasa jika selebriti meninggal dunia barang berkaitan mendiang akan laku keras dengan harga yang tidak masuk akal. Sekarang mari kita lihat barang apa yang laku dengan harga tinggi.
1. Olivia Newton-John & Bruce Welch DUET – “Where Are You Going…” ACETATE Demo
Penjual dari USA ini menjual dengan format bidaan. Harga bidaan bermula dari $99 USD dan berakhir dengan $2,606.51 USD iaitu bersamaan dengan RM 11,400. Anda boleh lihat rate tukaran USD ke MYR mengikut Payoneer disini.
2. Michael Kors Ladies Gold Tone Watch – OWNED & WORN BY OLIVIA NEWTON-JOHN
Jam yang dipakai oleh mendiang terjual pada 16 Ogos 2022 dengan harga $2,195.00 USD iaitu bersamaan RM9592.15. Tidak pasti macam mana nak sahkan yang memang mendiang gunakan jam ini. Anda boleh baca sendiri deskripsi penjual eBay disini. Untuk makluman selepas 3 bulan pautan listing eBay ini tidak lagi boleh di klik.
3. Olivia Newton John & John Travolta Autographed Signed Cherry Red GREASE Guitar
Sehinggi artikel ini ditulis barang yang paling tinggi terjual ialah gitar. Ianya ditandatangani oleh mendiang dan juga John Travolta. Harga terjual lebih RM21,000.00. Ianya terjual 3 hari selepas mendiang meninggal dunia iaitu pada 11 Ogos 2022.
4. Ada banyak lagi barang terjual
Dengan menggunakan kata kunci Olivia Newton John anda akan lihat ada banyak lagi barang yang terjual. Ada yang murah ada yang mahal bergantung kepada nilai dan sentimental barang itu.
Bukan semua orang ada kelebihan menjual barang berkaitan selebriti meninggal dunia. Ye lah mana kita nak tahu seseorang itu akan meninggal dunia. Tetapi kita boleh jual barang lain yang ditunjukkan dalam Panduan Export Mudah.
Cara nak cari barang lain yang laku pun ada banyak ditunjukkan dalam Panduan. Bagi yang sudah mendapatkan panduan boleh rujuk balik tutorial. Bagi yang ingin mendapatkannya boleh klik pautan dibawah
Export Mudah 2.0