Penjual eBay dilihat berpotensi besar di Malaysia oleh Vidmay Naini yang merupakan pengurus besar eBay di Asia Tenggara dan India dalam kenyataannya dalam akhbar digital New Straits Times.
Malaysia juga kini adalah sebahagian penting dalam perkembangan perniagaannya. Hal ini kerana, platform ini telah menunjukan sebahagian jualan yang besar dari kategori alat ganti dan aksesori kenderaan, perkakas rumah serta telefon bimbit datang dari Malaysia.

Malaysia kekal sebagai salah satu pasaran utamanya kerana berlaku perningkatan jualan dari kalangan penjual eBay di Malaysia walaupun keadaan ekonomi di Malaysia agak terjejas disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2021.
Berdasarkan laporannya, kategori barangan elektrik berlaku peningkatan jualan sebanyak 76%. Manakala kategori alat ganti dan aksesori kenderaan, peniaga eBay Malaysia telah merekodkan peningkatkan jualan alat ganti sebanyak 29% pada tahun 2021.
Dalam kategori telefon bimbit dan aksesori, jualan jam tangan pintar dan telefon pintar meningkat masing-masing sebanyak 24%, 33% dan 15% untuk vendor Malaysia di eBay.

Selain itu, terdapat peningkatan sebanyak 81% dalam bilangan peniaga-peniaga eBay yang mengeksport ke empat atau lebih benua pada tahun 2021.
Memperkasakan para peniaga di Malaysia untuk membuat jualan sehingga ke luar negara melalui platform e-dagang eBay adalah objektif utama eBay di Asia Tenggara.
Pihak eBay juga telah bekerjasama secara rapat bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital (SIDEC) dan agensi-agensi lain di Malaysia.
Tujuan kerjasama ini adalah untuk membantu peniaga-peniaga eBay untuk meningkatkan hasil jualan dan mengeksport barang ke luar negara.
Kini, Penjual eBay di Malaysia berpotensi besar untuk mendapatkan pembeli dan hasil jualan yang tinggi dengan mudah di beberapa pasaran pengguna terbesar dunia seperti Australia, United Kingdom dan United States Of America serta berkembang lagi menjadi perusahaan antarabangsa kecil.
Disini, kita dapat lihat bahawa platform e-dagang eBay ini berpotensi tinggi untuk membantu menjana pendapatan tambahan. Bagi yang ingin mencuba berkecimpung dalam eBay boleh rujuk Panduan Export Mudah.