Dunia telah dikejutkan dengan berita berkaitan Sinead O Connor yang telah meninggal pada 26 Julai 2023 pada usia 56 tahun yang disampaikan oleh ahli keluarganya sendiri.
Bagi peminat era 90-an semestinya mengenali Sinead O Connor yang merupakan salah seorang penyanyi wanita yang cukup eksentrik , ikonik dan terkenal dengan lagu bertajuk Nothing Compress 2 U.
Pemergian Sinead O Connor telah memberikan kesan kepada rakan seperjuangan dan juga peminatnya di seluruh dunia.
Dalam waktu yang sama juga, barang-barang yang berkaitan dengan Sinead O Connor telah mendapat sambutan hangat walaupun dijual dengan harga yang tidak masuk akal.
Barang di ebay laku selepas Sinead O Connor meninggal
Banyak barang yang berkaitan dengan Sinead O Connor telahpun laku dijual di dalam ebay. Antara barang-barang yang telah laku dijual adalah seperti autograf dan juga baju.
Pada tarikh pemergian Sinead O Connor telah terjual satu gambar berukuran 8×12 inci berserta autograf Sinead O Connor dengan harga $350 dan juga satu paparan kad berukuran 3×5 inci berserta autograf turut telah terjual dengan harga $250.
Terdapat banyak lagi barangan lain yang turut terjual selepas daripada tarikh kematian Sinead O Connor yang telah disiarkan oleh pihak media di seluruh dunia.

Harga jualan meningkat
Pembeli terutamanya para peminat fanatik Sinead O Connor masih lagi mahu membeli barang-barang yang dijual walaupun harga yang dinyatakan oleh penjual agak tidak masuk akal.
Hal ini kerana, setiap yang dibeli itu akan menjadi salah satu kenangan yang boleh disimpan pada masa akan datang oleh peminat sendiri selepas kematian beliau.
Walaupun harga yang dinyatakan tidak masuk akal namun ianya tidak setanding dengan perasaan yang ditunjukkan oleh peminat bertapa mereka menghargai setiap karya yang Sinead O Connor.
Hanya dengan menggunakan kata kunci nama Sinead O Connor di ebay akan tersedia senarai barang-barang yang ditawarkan dengan harga yang tidak boleh diterima akal antaranya adalah seperti autograf dan juga beberapa lukisan potrait.

Konklusi
Kebanyakkan barang yang dijual akan laku walaupun harga yang ditawarkan tidak masuk akal apabila selebriti terkenal meninggal dunia seperti di dalam artikel sebelum ini.
Kebiasaanya peminat membeli barang selebriti yang meninggal bagi mengumpulkan kenangan yang ada mengikut selebriti pilihan mereka sendiri tanpa memikirkan harga barangan tersebut.