Siapa tak suka kalau pembeli beli barang kita berkali-kali. Tak susah sebenarnya cara nak dapatkan repeat buyer di eBay. Dengan cara yang betul anda boleh dapatkan pembeli dari syurga ini.
Sudah tentu langkah pertama anda perlu ada akaun eBay sebagai penjual. Tak susah nak buat akaun eBay sebab dalam Panduan Export Mudah ada diterangkan langkah demi langkah.
Bagi yang sudah dapatkan eBook baca dulu ye. Ok sekarang mari kita lihat caranya
1. Perlu lama menjual di eBay
Nampak macam kelakar je tips ni. Tapi bila anda sudah mula menjual di eBay akan tahu bahawa akaun yang lama ni sangat berguna.

Akaun yang tahan lama di eBay ni jarang menjual barang terlarang. Kalau dah terjual pun biasanya insaf. Tak jual lagi.
Ramai pembeli tengok balik sejarah pembelian kemudian beli semula. Mereka malas nak cari penjual lain kalau dah selesa dengan penjual sedia ada.
2. Guna kurier yang pantas
Sebelum pandemik covid19 Tim Export Mudah guna kurier biasa dengan kurier express. Cara dapatkan repeat buyer eBay dengan gunakan kurier biasa agak susah. Sebabnya tidak konsisten tempoh penghantaran.
Kadang-kadang 10 hari sampai, kadang-kadang 20 hari sampai dan ada yang sampai dalam masa sebulan lebih. Jadi pembeli tidak pasti bila akan sampai.
Yang tak sampai terus pun ada. Setiap minggu kena menjawab dengan pembeli tanya mana barang.
Kurier sekarang iaitu DHL Express konsisten barang sampai. Biasanya dalam masa 3 hingga 7 hari bekerja.
Baca : Berapa lama DHL hantar barang ke luar negara
Bagi yang tiada akaun DHL jangan risau. Anda boleh gunakan servis BerkatPos.com. Anda boleh lihat contoh barang yang sudah sampai ke penerima

Boleh semak barang berada di mana pada masa sebenar. Dari segi pembeli tanya status barang mereka memang dah berkurang. Salah satu pening kepala dah hilang.
Jadi pembeli sudah tahu bila akan dapat barang mereka. Ada juga kejadian lambat seperti cuaca yang buruk.
3. Whatsapp pembeli
Biasanya pembeli yang beli barang secara pukal akan kami mesej melalui whatsapp. Ada yang balas ada yang tidak balas. Peratus yang tidak membalas mesej tu tinggi berbanding yang balas.

Pada masa artikel ini ditulis, salah seorang Tim Export Mudah hantar invois kepada pembeli. Hampir setiap bulan berurusan dengan pembeli ni.
Boleh tanya khabar dan keadaan barang tu dahulu. Lepas pembeli tu blasa baru tawarkan diskaun 5% ke ataupun 10% ke. Bergantung kepada kesesuaian.
Jangan mesej melalui eBay ye. Ni kira kita ajak pembeli beli di luar eBay.
4. Layankan permintaan di eBay
Ada yang tidak mahu berurusan di luar eBay. Mereka lebih percaya dengan eBay kerana jika barang tidak sampai akan ada guaranti duit mereka akan dapat balik.
Tiada masalah. Kita layankan sahaja pembeli ni. Ini pun cara dapatkan repeat buyer eBay.

Pembeli tanya kita jawab. Kalau nak barang lain kita cari dan buat listing eBay baru. Hasilnya pembeli ini akan beli dengan kita. Sekali beli untung 3 hingga 4 angka macam gambar di bawah.

Akhir kalam
Strategi dan cara hampir semua orang boleh fikir. Yang penting ada tindakan. Bagi yang nak mula menjual di eBay boleh dapatkan Panduan Export Mudah.