Secara purata penghantaran menggunakan kurier DHL Express sampai ke alamat pembeli dalam masa 3 hari hingga 8 hari. Namun ianya tertakluk kepada banyak faktor lain.
Tidak ditahan kastam
Jika tiada masalah dengan kastam, kebiasaannya 3 hingga 8 hari bekerja sampai. Barang itu mesti berjalan lancar melepasi pihak kastam Malaysia, kastam Singapura, kastam Hong Kong dan juga kastam negara pembeli itu.
Pembeli ada di alamat mereka
Ini pun faktor juga. Biasanya pihak DHL akan menghubungi pembeli. Jika pembeli tiada dirumah biasanya akan ada penghantaran semula mengikut masa pembeli.
Cuaca dan alam sekitar
Yang ni memang tak boleh buat apa-apa.Kalau cuaca tidak mengizinkan seperti salji yang tebal ataupun ribut ataupun apa-apa bencana alam memang akan ada kelewatan.
Okay mari kita lihat contoh penghantaran dengan keadaan biasa iaitu tiada masalah dari semua pihak.
Hantar dari Pulau Pinang ke Canada. Hantar hari Isnin dan pihak DHL ambil barang pada pukul 15:23 dan berjaya sampai ke pembeli pada hari Rabu pukul 16:45. Tidak sampai 50 jam pembeli terima barang dari tarikh penghantaran.
Dari Pulau Pinang transit ke Hong Kong kemudian transit ke USA kemudian baru ke Canada. Merentas banyak sempadan tapi sampai dalam masa kurang dari 3 hari.
Penghantaran dari Johor Bahru hari Selasa pada pukul 12:48 sampai ke Leeds, United Kingdom hari Khamis pada pukul 11:00. Tidak sampai 48 jam pembeli terima barang mereka.
Untuk negara lain masa penghantaran tidak berapa lama juga. Gambar yang dipaparkan dibawah ini contoh penghantaran ke negara lain.
Hari Jumaat hantar dari Johor Bahru pukul 12:17 dan selamat tiba ke pembeli di Itali pada pagi Isnin berikutnya pada pukul 08:45.
Hantar dri Johor Bahru hari Khamis pukul 12:35 dan selamat sampai ke Puerto Rico pada Isnin pukul 14:28.
Untuk ke Romania pula sampai dalam masa 3 hari juga. Hantar dari Johor Bahru pada pukul 12:14 hari Jumaat dan sampai ke alamat pembeli pada Isnin berikutnya pada pukul 15:59.
Untuk ke USA pula ianya mengambil masa 4 hari bagi penghantaran ini. Hantar pada hari Khamis kemudian sampai ke pembeli pada hari Isnin.
Ada ramai pembeli di luar negara yang tidak kisah jika barang yang mereka beli mahal sedikit. Yang penting barang sampai dalam masa kurang dari 10 hari. Itu kebiasaannya sudah memadai kerana mereka sedar penjual berada beribu-ribu batu dari kediaman mereka.
Ada juga penghantaran yang mengambil masa lebih dari 8 hari. Selain dari faktor yang diterangkan diatas faktor lain adalah pembeli tidak dapat dihubungi. Pihak DHL akan maklumkan kepada penjual untuk mendapatkan nombor telefon ataupun email lain pembeli.
Apa yang penting pihak kurier boleh bagi status terkini dimana barang pembeli berada.
Ingin hantar barang ke luar negara? Klik pautan di bawah
Mcm mna mahu hantar barang kk ke indonesia ya ?
Boleh hubungi telegram BerkatPos untuk pertanyaan lanjut. Thanks.