Cara syarikat kurier megenakan caj terhadap pelanggan ada 2 cara. Satu dikira mengikut berat barang dan satu lagi mengikut dimensi ataupun volume metrix.
Cara pengiraan dimensi adalah sedikit berbeza bagi setiap syarikat kurier. Untuk syarikat kurier DHL Express, DHL Ecommerce, Fdex, UPS adalah seperti dibawah
Panjang (cm) X Lebar (cm) X Tinggi (cm) ÷ 5000
Sekiranya berat barang dalam kotak seperti gambar diatas adalah 2 kilogram, syarikat kurier tidak akan kenakan caj 2 kilogram sebaliknya dikenakan 4.02 kilogram. Pengiraannya seperti formula diatas adalah 33.5 (cm) X 20 (cm) X 30 (cm) ÷ 5000 = 4.02 kilogram.
Kenapa syarikat kurier mengenakan caj ini adalah kerana satu perkara. Barang ini mengambil ruang yang besar dalam kapal terbang mereka walaupun barang ini ringan.
Jika menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk servis pakej kecil (small packet) dimana berat maksimum adalah 2 kilogram, pastikan dimensi anda tidak melebihi 2 kilogram. Cara pengiraan dimensi bagi Pos Malaysia adalah
Pastikan kotak ataupun bungkusan anda tidak melebihi dimensi seperti diatas iaitu 25 (cm) X 20 (cm) X 10 (cm). Untuk kadar penghantaran pakej kecil iaitu berat dan dimensi yang tidak melebihi 2 kilogram