Bermula 15 November 2021 pihak DHL eCommerce menamatkan penghantaran ke luar negara. Menurut memo yang dihantar, servis yang ditamatkan hanya untuk penghantaran ke luar negara.
Penghantaran di Malaysia diteruskan seperti biasa. Ianya bertujuan bagi pihak DHL eCommerce fokuskan pasaran dalam negara buat masa ini.
Bagi mereka yang ingin hantar barang melalui DHL eCommerce ke luar negara, hari terakhir adalah 15 November 2021. Servis yang mereka tamatkan ialah Printed-Cross Border, Standard-Cross Border, Packet Internationl Standard, Packet Plus International Standard dan Parcel International Direct.
Ianya bukan perkara luar biasa bagi kurier penghantaran baisa ke luar negara menamatkan perkhidmatan mereka. Pos Malaysia juga lakukan perkara yang serupa pada 3 Ogos 2020 sebelum buka semula khidmat mereka pada 22 September 2021.