Melalui pengumuman yang di war warkan daripada laman web rasmi Shopee, Shopee kini telah menyeragamkan pencetakan Air Waybill (AWB) untuk semua rakan logistik dengan tidak memaparkan nombor telefon pembeli.
Ini juga bertujuan untuk memastikan proses bungkusan yang lancar pada masa hadapan dan privasi pembeli dilindungi.
Walaubagaimanapun, nombor telefon masih boleh dilihat oleh kakitangan penghantar barang daripada semua kurier pada sistem mereka sahaja. Sekiranya maklumat yang diperlukan hilang dari AWB, kurier masih dapat menghubungi pembeli seperti biasa.
Baca : Cara Pos Barang Yang Laku Di Shopee
Selain itu, nombor telefon penjual dan maklumat penjual adalah dipaparkan seperti biasa dan tiada perubahan. Bagi penjual di Shopee teruskan mencetak Air Waybills anda daripada Seller Centre seperti biasa dalam format dan saiz yang betul (A6).
Pastikan penjual di Shopee menyertakan AWB anda secara kemas pada bungkusan sebelum menghantar bungkusan. Bungkusan anda boleh ditolak syarikat kurier jika cetakan AWB anda tidak mematuhi syarat terbaru