Boleh dikatakan siapa yang tak kenal Shopee. Murid sekolah rendah pun tahu dan ada segelinitir murid yang mula menjual di Shopee. Jika dah laku bagaimana cara pos barang Shopee?
Mudah sahaja. Mula-mula pergi ke My Shipment dan klik Arrange Shipment

Klik confirm. Dalam contoh ni kurier J&T Express.

Selepas itu klik Print Waybill dan akan keluar seperi di bawah.

Perlu ada mesin cetak?
Memang perlu ada mesin pencetak. Nak mudahkan cara pos barang shopee beli mesin pencetak thermal. Cetak kertas dan terus tampal dibungkusan. Jenis yang ada bluetooth yang mudah. Boleh cetak dari telefon. Antara yang paling ramai penjual gunakan adalan jenis seperti di bawah.
Bagi yang tiada bajet ataupun baru mula menjual di Shopee apa yang anda boleh buat ialah pergi ke kedai alat tulis ataupun kedai photostat. Biasanya mereka ada sediakan khidmat cetak.
Nombor tracking ini akan automatik dikemas kini di Shopee. Tidak perlu buat apa-apa.
Selepas selesai boleh hantar ke kurier berhampiran. Akan ada bakul khas untuk penjual Shopee letakkan barang. Jika banyak barang boleh minta pihak kurier datang ke tempat anda untuk ambil barang. Kalau mereka tidak sempat memang anda terpaksa hantar.
Bagi yang tiada idea hendak jual apa di Shopee boleh baca artikel ini
Barang free pun laku di Shopee
12 Jenis makanan yang laku keras di Shopee
Akhir Kalam
Sistem Shopee ini memang memudahkan penjual dan juga pembeli. Banyak masa yang boleh dijimatkan. Ada sesuatu yang ingin ditambah?Kongsikan di ruangan komen.