Tidak susah cara guna Shopback. Muat turun aplikasi dari Google Play ataupun App Store kemudian daftar. Katakan nak beli barang di Shopee, masuk ke aplikasi Shopback dahulu kemudian klik pautan Shopee.
Bukan Shopee sahaja ye. Ada banyak jenama yang tawarkan diskaun di Shopback. Ada juga diskaun pada masa tertentu jika beli melalui aplikasi Shopback.
Ada banyak kategori yang terlibat. Seperti gambar di atas antaranya
- Barang ibu dan anak
- Elektronik
- Internet dan tambah nilai
- Makanan
- Perkhidmatan kewang
Mudah sahaja kan cara guna shopback. Dalam banyak-banyak kelebihan yang paling menarik sekali adalah dapat diskaun beli barang di Shopee. Sudah bertahun gunakan Shopback dan dapat juga hasil RM423.03 pada masa artikel ini ditulis.
Cuma nak dapatkan hasil itu lama betul. Transaksi Shopee pada 6 Ogos 2021 dan ianya masuk ke available balance pada 15 November 2021. 3 bulan lebih tu.
Cuma tanamkan dalam minda yang beli kemudian lupakan. Cukup RM10 keluarkan ke bank.
Biasanya ianya mengambil masa satu hingga 3 hari bekerja untuk masuk ke dalam akaun bank. Perlu ingat ye dengan Shopback agak mustahil untuk jana pendapatan tetapi ianya sekadar duit tambahan sahaja.
Macam mana nak daftar Shopback
Klik pautan di bawah untuk daftar. Anda akan dapat RM5 juga jika dafar melalui pautan di bawah dan berbelanja minimum RM25.