Pada 1 Julai 2021 penghantaran ke Kesatuan Eropah memerlukan IOSS. Apa tu? Ianya singkatan bagi Import One-Stop Shop (IOSS). Penghantaran ke United Kingdom pun perlukan IOSS.
Sebagi penjual perlu isikan nombor IOSS ini didalam sistem portal kurier yang anda gunakan. Sila hubungi kurier yang digunakan untuk bertanya dimana perlu isi nombor ini. Setiap kurier mempunyai sistem yang berbeza.
Apa nombor IOSS eBay?
IM2760000742
Sebagai contoh jika anda gunakan kurier DHL, untuk penghantaran ke UK perlu isikan IOSS di satu tempat seperti di bawah
Jika penghantara ke kesatuan eropah perlu diisi di dua tempat. Satu di bahagian sama seperti UK dia atas. Satu lagi di halaman deklarasi kastam
Apa implikasi jika tidak letakkan nombor IOSS?
Kena maki dengan pembeli. Sebab apa? Sebab pembeli kena bayar dua kali VAT. Bagi yang tidak tahu apa itu VAT ianya sama seperti sistem GST di Malaysia sebelum ini.
Masa beli barang di eBay sudah dikenakan VAT, masa sampai kena bayar sekali lagi. Mana tak mengamuk pembeli. Kalau tak bayar barang itu kastam tak lepaskan. Ramai penjual dah kena marah dan dapat ulasan negatif eBay sebab ini.