Selalu orang tanya nak guna kad apa untuk daftar eBay? Saya tiada kad kredit boleh ke buat eBay? Salah satu kad yang anda boleh gunakan ialah MPay.
Walaupun menggunakan kad ni anda perlu hubungi MPay untuk aktifkan e-payment dan juga pembelian luar negara. Sama juga jika guna kebanyakkan bank lain anda perlu hubungi bank untuk aktifkannya.
Cara nak aktifkan MPay
1. Install aplikasi MPay di App Store ataupun Google Store


2. Sahkan kad pengenalan
Anda perlu selfie muka beserta dengan kad pengenalan anda. Ini untuk tujuan keselamatan dan pengesahan. Kemudian muat naik di aplikasi MPay.
3. Tunggu Pengesahan
Ikut pengalaman biasanya ianya mengambil masa 2 hingga 3 hari bekerja untuk MPay luluskan.
4. Tambah nilai MPay
Untuk daftar akaun eBay biasanya tambah nilai RM20 sudah cukup.
5. Khidmat pelanggan Mpay
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 1-700-81-MPay (6729) ataupun disini.
Selesai sudah. Mudah sahaja untuk daftar akaun eBay bagi mereka yang tiada kad debit. Ataupun anda tidak mahu kacau kad debit sekarang dan mahu guna kad lain untuk daftar akaun eBay tanpa perlu pergi ke bank.
Bagi mereka yang tidak konfiden beli barang dari luar negara dengan masukkan butiran kad debit ataupun kad kredit ianya sesuai untuk anda. Hanya perlu tambah nilai amaun yang diperlukan untuk membeli ataupun membayar perkhidmatan di luar negara.
Pada masa artikel ini ditulis ianya masih boleh digunakan. Jika sampai suatu masa ianya tak boleh digunakan bermakna kad MPay ini sudah tidak boleh digunakan untuk daftar akaun eBay.
Akhir Kalam
Kebiasaannya jika ianya boleh digunakan daftar eBay dan beli barang dari luar negara ianya boleh juga digunakan untuk Facebook ads, Google Ads dan TikTok Ads.
Bagi yang ingin kad ini boleh dapatkan di Shopee
TNGO ewallet boleh x bang?
tak pernah guna
Assalamualaikum..
maaf nak dapatkan info..
Saya Apply MPay melalui applikasi..
kad kena beli juga ker ?
T.Ksh.