Sejak PKP ini pasti ramai yang suka membeli-belah secara online. Mudah dan cepat, pilih sahaja barang yang hendak dibeli kemudian buat pembayaran dan tunggu abang posmen hantar depan rumah.
Sekali Shopping bukan satu dua barang dah tentu banyak. Tetapi adakah anda tahu anda juga boleh membuat penjimatan apabila shopping secara online ni.
Bukan sahaja jimat masa malah menjimatkan duit anda.
Add To Cart
Sebelum membeli pasti anda membuat perbandingan harga kerana ramai penjual yang menjual barang yang sama mungkin dengan harga dan kualiti berbeza.
Bila dah jumpa barang yang anda mahukan atau harganya berpatutan atau sesuai dengan kehendak, terus masukkan dalam Shopping Cart.
Sudah jadi praktis mana-mana platform. Barang berkaitan akan ditunjukkan dan disitu akan dapat lihat harga bagi barang yang hampir serupa.
Sales
Peka dengan masa atau tarikh sales dijalankan. Selalunya sales akan diakan pada 3/3, 11/11, 12/12. Tarikh-tarikh menarik begitu yang selalunya banyak sales dijalanakan.
Jadi ambil peluang ini untuk membeli barang yang anda inginkan. Pasti mendapat potongan harga yang cukup banyak dan menjimat perbelanjaan anda.
Tapi awas, ada juga penjual yang terlebih bijak dengan naikkan harga masa promosi. Sebenarnya harga sama sahaja.
Senang je nak tahu samada harga itu berubah ataupun tidak. Ada diterangkan dalam artikel ni.
Aktifkan Notifikasi
Aktifkan notifikasi anda, kadang kala jualan murah atau potongan harga ini diberikan had masa tertentu.
Jadi untuk anda yang tidak ingin lepaskan peluang tersebut, pasang sahaja notifikasi di telefon pintar anda. Supaya sales yang dijalankan buat anda tak terlepas.
Gunakan e-Dompet
Sekarang pelbagai sistem e-Dompet dibangunkan. Pilih e-Dompet yang selalu anda gunakan untuk membuat bayaran semasa Online Shopping anda.
Ini kerana dengan penggunaan e-Dompet anda mempunyai peluang untuk mendapat cashback dengan setiap pembelian.
Juga potongan harga turut diberikan bagi pembeli yang membuat bayaran menggunakan e-Dompet.
Gunakan Cashback
Cashback perlu digunakan ketika memberi barang online kerana ia menawarkan pulangan balik tunai bagi setiap transaksi pembelian online.
Shopback antara aplikasi yang boleh digunakan. Kegunaan cashback ini, telah digunakan oleh beratus laman web kedai online.
Memang tak banyak dapat. Tapi siapa boleh bagi kan.
Penghantaran Percuma
Selain menawarkan diskaun, penjual juga turut menawarkan penghantaran percuma. Penghantaran percuma ini mengikut pada syarat yang telah ditetapkan.
Jika di Shopee untuk dapat penghantaran percuma biasanya perlu bayar menggunakan ShopeePay.
Sekiranya anda membeli dalam jumlah yang banyak atau anda membeli lebih harga RM15 anda berpeluang mendapat tawaran ini.
Pelbagai kaedah yang boleh dilakukan dalam membuat penjimatan ketika Online Shopping. Berbelanja dengan bijak dan gunakan peluang dan tawaran yang ada sebaiknya.
Anda juga untung sebab dapat jimatkan duit anda.