Jika sedang cari pendapatan tambahan, anda boleh buat duit dengan home tuition. Dengan pendekatan yang betul, boleh mengubah pengetahuan dan kemahiran anda menjadi pendapatan tambahan.
Home tuition disini bermaksud anda mengajar subjek sekolah ataupun subjek buka sekolah seperti belajar gitar, piano dan seumpamanya. Samada mengajar dirumah pelajar ataupun pelajar datang ke rumah anda.
Bilangan pelajar biasanya seorang ataupun maksimum 3 orang. Kira ianya memang memerlukan personal touch untuk anda mengajar.
Di artikel ini kami akan tunjukkan bagaimana anda boleh mula menjana pendapatan. Ini bukannya omong kosong kerana kami pernah jana pendapatan tambahan dengan home tuition.
Tentukan target pasaran dan perkhidmatan ditawarkan
Sebelum tawarkan servis penting untuk tahu apa yang anda mahir. Katakan anda pandai subjek matematik dan sains sekolah rendah boleh mulakan mengajar subjek ini dahulu.
Untuk buat duit dengan lebih home tuition, mengajar seorang pelajar lebih mudah dan lumayan. Pelajar pun tidak segan untuk tanya kerana tiada siapa hendak ketawakan jika tanya soalan “bodoh”.
Kawasan bandar utama merupakan tempat tumpuan. Ini kerana ramai yang berpendapatan tinggi tinggal di bandar utama.
Tetapkan harga dan syarat pembayaran
Selidik kadar pasaran untuk perkhidmatan serupa di kawasan anda. Pertimbangkan juga pengalaman dan kelayakan anda sendiri. Adakah anda akan mengenakan bayaran mengikut jam atau menawarkan tawaran pakej?
Kadar diatas diambil dari erichometuition.com. Ianya boleh dikatakan standard rate bagi yang mula mengajar. Anda boleh google dan lihat sendiri kadar di website lain.
Bagi yang berpengalaman dan sudah lama menagajar tuition caj yang dikenakan lebih dari kadar ini.
Adakah memerlukan pembayaran pendahuluan atau perlu dibayar hujung bulan? Penting untuk jelas dan telus tentang harga dan syarat pembayaran untuk mengelakkan sebarang salah faham dengan pelanggan.
Baca : Alternatif buat duit dengan home tuition ialah jual barang ke luar negara
Buat Pelan Pemasaran untuk Menarik Pelanggan
Dengan wujudnya media sosial boleh pasarkan servis di TikTok, FaceBook, Twitter, Instagram dan juga shorts Youtube.
Pertimbangkan untuk menawarkan sesi percubaan percuma atau menganjurkan bengkel untuk mempamerkan kepakaran anda dan membina kepercayaan dengan bakal pelanggan.
Boleh juga guna khidmat orang tengah dimana biasanya mereka mengambil upah ataupun komisyen. 50% dari bulan pertama sahaja biasanya mereka ambil. Bulan kedua dan seterusnya milik anda.
Ini merupakan sebahagian provider yang boleh anda cuba. Ada banyak lagi sebenarnya.
Buat kurikulum dan bahan pengajaran
Mulakan dengan meneliti sukatan pelajaran atau kurikulum yang berkaitan untuk mata pelajaran yang ingin diajar. Boleh beli dahulu buku latihan dan buku rujukan terkini.
Ini akan memberi anda rangka kerja untuk digunakan dan memastikan bahawa anda meliputi topik dan kemahiran terkini yang diperlukan.
Seterusnya buat rancangan pengajaran dan bahan pengajaran yang menarik, interaktif dan disesuaikan dengan keperluan pelajar anda. Pertimbangkan untuk menggunakan pelbagai kaedah pengajaran, seperti alat bantu visual, aktiviti hands-on untuk memastikan pelajar anda terlibat dan bermotivasi.
Jangan lupa untuk kerap menilai kemajuan pelajar anda dan menyesuaikan pendekatan pengajaran anda mengikut keperluan. Buat ujian sebulan sekali untuk mengukur tahap kefahaman.
Bina reputasi dan rangkaian
Reputasi yang baik sangat penting. Cadangan dari mulut ke mulut daripada pelanggan yang berpuas hati boleh menjadi salah satu cara paling berkesan untuk menarik pelajar baharu.
Untuk membina reputasi yang kukuh, fokus pada penyediaan pendidikan berkualiti tinggi dan sentiasa datang awal waktu.
Berkomunikasi secara kerap dengan ibu bapa dan pelajar untuk memastikan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan anda dan menangani sebarang kebimbangan atau isu dengan segera.
Konklusi
Jangan buat duit home tuition dengan separuh hati. Buat sepenuh hati. Anggap pelajar yang diajar itu anak ataupun adik sendiri yang mana kita ingin mereka berjaya.
Kos permulaan sangat rendah dimana boleh beli buku rujukan dan latihan subjek yang ignin diajar dahulu. Jika ada kenalan yang tidak guna buku rujukan boleh ambil daripada dibuang. Sudah jimat.
Yang penting kedatangan dan juga datang pada awal waktu secara konsisten bagi memberi impak dan impresi yang baik.
Kebiasaannya pendapatan bapa pelajar yang ambil home tuition ini 5 angka. Ye lah kalau dan sekali ajar 2 jam dan sejam dikenakan caj RM50. Sudah RM400 sebulan hanya dengan 8 jam.
Jika anda ingin cuba jual barang Malaysia ke luar negara dan jana dalam USD boleh baca sini
Macam mana saya nak post gunakan berkat post ni?
Boleh hubungi berkatpos.com. Thanks.