Jika anda ingin jual mug di ETSY anda berada di tempat yang betul. Artikel ini akan tunjukkan step by step cara anda boleh mula untuk buat extra income.
Tidak kisah jika anda penjual online yang berpengalaman ataupun baru bermula untuk menjual di ETSY, kami akan tunjukkan caranya.
Fakta menarik tentang mug ialah menurut Data Bridge Market Research yang pasaran mug akan cecah $44.21 billion USD pada tahun 2029.
Buat kedai ataupun ETSY Shop
Pertama sekali untuk menjual ialah perlu buka ETSY shop. Ini melibatkan byka akaun ETSY, pilih nama shop dan buat polisi di kedai anda. Polisi ini termasuk polisi penghantaran dan polisi pemulangan.
Antara yang diperlukan untuk buka akaun ialah
- Email yang belum digunakan untuk daftar ETSY
- Nombor telefon
- Google Authenticator. Boleh download di Apple store ataupun Google Play
- Nombor akaun bank
ETSY akan hantar sedikit duit ke akaun bank anda untuk tujuan verifikasi. Masukkan amoun ini balik ke akaun ETSY.
Cara jual mug di ETSY – buat listing yang menarik
Penting untuk anda buat listing yang unik & menarik supaya bakal pembeli tertarik. Mulakan dengan ambil mug atau cawan yang berkualiti dari sudut yang berbeza. Pastikan pencahayaan yang bagus dan latar belakang yang bersih dan ringkas.
Design mug memainkan peranan yang penting mengikut sasaran pelanggan. Jika hampir sampai hari ibu, buat design mengenai hari ibu. Jika hari bapa buat design hari bapa. Begitulah seterusnya.
Pastikan guna kata kunci ataupun keyword yang sasarkan bakal pelanggan.
Tiada masa nak ambil gambar untuk listing produk?
Bukan semua orang ada kepakaran dan masa untuk ambil gambar menarik.
Anda banyak service provider yang menyediakan template ataupun mockup yang boleh anda gunakan untuk design.
Antaranya yang menyediakan ialah
Apa yang menariknya ialah mereka ini kebanyakkan berada di USA. Jika dapat order pembeli dari USA, maka mereka akan cetak dan terus hantar. Ianya lebih cepat.
Ada banyak lagi sebenarnya servis provider. Cuma anda kena kaji sedikit apa pro & con servis yang mereka tawarkan.
Ada yang kenakan yuran bulanan untuk anda gunakan servis mereka. Ialah bukannlah terlalu mahal. Kira berpatutan.
Kena tanam dalam minda anda yang perlu keluarkan sedikit modal untuk jana keuntungan. Takkan nak jualan sebulan $1000 USD tapi modal nak keluarkan RM20 sahaja. Ni perumpaan sahaja ye.
Tentukan strategi harga
Pertimbangkan faktor seperti kos bahan, masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat setiap mug, dan sebarang perbelanjaan tambahan seperti pembungkusan dan penghantaran.
Selidik produk serupa di ETSY untuk mendapatkan idea tentang perkara yang dicaj oleh penjual lain. Perlu diingat bahawa harga terlalu rendah boleh menurunkan nilai produk anda, manakala harga terlalu tinggi boleh menghalang bakal pembeli.
Ia juga merupakan idea yang baik untuk menyemak dan melaraskan strategi harga anda secara berkala berdasarkan arah aliran pasaran dan maklum balas pelanggan.
Dengan mempertimbangkan strategi harga anda dengan teliti, anda akan dapat memaksimumkan keuntungan anda dan menarik pelanggan ke kedai ETSY anda.
Baca : Yuran ETSY yang perlu anda tahu
Promosikan cawan anda melalui media sosial dan saluran pemasaran lain
Media sosial merupakan salah satu saluran pemasaran. Buat akaun pada platform seperti Instagram, Facebook dan Pinterest, dan kerap siarkan foto cawan anda yang berkualiti tinggi. Gunakan hashtag yang berkaitan dan libatkan pengikut anda untuk membina komuniti di sekeliling jenama anda.
Media sosial Pinterest merupakan saluran yang palaing ramai digunakan penjual ETSY untuk promote kedai mereka.
Jika ada bajet lebih boleh gunakan pengiklanan berbayar seperti Google Ads ataupun Facebook Ads untuk tarik bakal pembeli yang lebih ramai.
Idea jual mug di etsy dengan beli sendiri mesin pencetak
Bagi yang baru bermula tidak sesuai untuk beli mesin pencetak. Jika sudah lama menjual dan ada jualan yang kosisten anda boleh beli sendiri mesin ini.
Hanya beberapa ratus sahaja mesin pencetak mug ini. Cuma kena sentiasa guna kerana ink nya perlu digunakan setiap 3 hari jika tidak ianya akan keras dan tidak boleh digunakan.
Atapun anda boleh kolabrasi dengan kedai printing yang berhampiran dan nyatakan tujuan dan plan anda.
Jika ada pembelian seperti diatas anda boleh order dari kedai printing itu.
Konklusi
Bergantung kepada minat dan strategi anda. Ada yang suka order dari supplier ataupun servis provider dari luar negara dan hantar terus kepada pelanggan.
Ada yang suka buat sendiri depan mata kemudian hantar ke luar negara. Ada juga pembeli yang beli secara pukal dimana sekali pembelian terus beli 5 mug.
Untuk ahli keluarga ataupun kenalan. Jika pembeli beli dengan banyak salah satu kurier yang anda boleh gunakan hantar ke luar negara ialah
Ada kelas offline tak atau Face2Face