Yuran ETSY ataupun nama popularnya ETSY fee merupakan kos yang perlu anda bayar untuk menjual di platform ETSY. Ada 7 jenis yuran yang perlu anda tahu.
1. Yuran penyenaraian (listing fee)
Setiap penyenaraian yang dibuat akan dikenakan yuran sebanyak $0.20 USD selama 4 bulan. Jika aktifkan penyenaraian automatik selepas 4 bulan anda akan dikenakan caj lagi $0.20 USD.
Katakan ada 50 peyenaraian maka yuran yang dikenakan adalah 50 x $0.20 USD bersamaan $10 USD untuk 4 bulan.

2. Yuran transaksi
Setiap jualan yang berjaya dilakukan akan dikenakan caj sebanyak 6.5%.

Yuran 6.5% iaitu sebanyak RM58.15 dikenakan bagi jualan yang berjaya dilakukan.
3. Yuran kos penghantaran dan pembungkusan
Dikenakan 6.5% juga. Dahulu tidak dikenakan tetapi ada penjual yang “bijak” untuk kurangkan yuran ETSY. Jual harga dengan meletakkan kos penghantaran dan pembungkusan tinggi ataupun sama dengan harga jualan.
ETSY pun buat polisi untuk kenakan juga caj.

4. Yuran pemprosesan pembayaran
Sebelum ini ETSY menggunakan PayPal sebagai medium penerimaan pembayaran. Sekarang tidak lagi bagi Malaysia termasuk dalam senarai yang boleh gunakan proses pembayaran ETSY.

Pengeluaran hasil jualan ETSY akan dikenakan caj sebanyak RM8 beserta cukai 6% iaitu RM0.48.
5. Yuran Iklan Platform
Anda boleh buat iklan di ETSY. Kebiasaannya akan berada di atas sekali jika bakal pembeli mencari. Ada juga yang tidak buat iklan berada di atas. Ianya rahsia algoritma ETSY.

Setiap platform akan ada pilihan iklan bagi menambah pendapatan platform itu disamping yuran yang sedia ada.
Baca : eBay Promoted Listings – Nak Buat Ataupun Tak?
6. Yuran iklan luar ETSY
Pilihan ini membolehkan penyenaraian ETSY anda diiklankan di luar platform ETSY seperti Facebook, Google, Instagram, Pinterest ataupun BING.
Sekiranya jualan tahunan bawah $10,000 USD sebanyak 12% yuran dikenakan. Untuk jualan tahunan melebihi $10,000 sebanyak 15% yuran dikenakan.
Ianya hanya dikenakan sekiranya jualan berjaya dilakukan.
7. Plan ETSY Plus
Ianya konsep yang sama seperti eBay store. Ianya pilihan jika anda ingin melanggan caj $10 USD setiap bulan dikenakan.
Antara kelebihan yang akan dapat ialah di kedai ETSY anda boleh buat pilihan sepanduk, susur ataur baharu penyenaraian barang dan juga pilihan untuk tambah stok semula item yang habis dijual.

Yuran sebanyak $10 USD dan kadar tukaran pada 20 Ogos 2022 ialah RM44.77. Oh ye hampir terlupa. Setiap yuran akan dikenakan cukai sebanyak 6%. Jadi RM2.69 tambahan dikenakan.
Jangan risau cukai ini bukan ETSY sahaja yang ambil, platform lain pun sama ye.