Aplikasi Aftership memang mudah untuk jejak barang terutamanya bagi yang menjual barang dalam talian. Tidak kisah penghantaran dalam negara ataupun luar negara.
Kebiasaannya barang yang penting akan guna aplikasi ini untuk jejak. Sebagai contoh barang berat, bernilai tinggi ataupun barang yang penting.
Bagi menggunakan khidmat BerkatPos apabila dapat tracking number boleh masukkan terus ke aplikasi Aftership.
Contoh penggunaan Aftership jejak barang
- Penghantaran 22 kg ke USA. Barang ini agak besar dan amat penting untuk pastikan segalanya berjalan lancar.
- Penghantaran 30 kg ke USA. Sama seperti diatas ianya sangat penting dan nilai barang tinggi.
- Penghantaran ke UK. Pembeli ini bayar menggunakan PayPal. Amat penting untuk pastikan samada terdapat VAT yang perlu dibayar ataupun tidak. Alhamdulillah tiada VAT yang dikenakan.
Kenapa tidak jejak menggunakan website kurier?
Katakan pada masa sama anda ingin jejak kurier DHL Express, FedEx, JnT dan Shopee Express, dengan aplikasi ini hanya satu tempat sahaja perlu semak.
Hanya masukkan tracking number untuk jejak semua barang.