Untuk penghantaran ke USA ada beberapa tempat yang perlu dikecualikan. Ianya bergantung kepada kurier yang digunakan.
Ada tempat yang kurier tidak boleh hantar dan ada tempat yang kos penghantaran berlipat kali ganda.
U.S. Protectorates
Kawasan ini termasuk Puerto Rico, US Virgin Islands, US Minor Outlying Islands, Guam, American Samoa dan Northern Mariana.
Kos penghantaran ke kawasan ini berlipat kali ganda. Lebih baik tidak hantar.
APO / FPO
Ianya kawasan ketenteraan. APO untuk tentera darat dan udara manakala FPO untuk tentera laut dan kapal laut. Kebanyakan kurier tidak hantar ke kawasan ini.
BerkatPos tidak hantar ke kawasan ini.
PO Box
Kebiasaan di kawasan apartment ataupun pejabat. Hanya ada box di bawah bangunan. Jika hantar objek yang boleh masuk kedalam peti surat tiada masalah.
Jika hantar barang besar kena pastikan yang pihak kurier boleh hantar ataupun tidak. Ada kurier yang akan hubungi dahulu dan akan hantar ikut masa penerima.
Alaska / Hawaii
Hawaii adalah pulau yang di lautan pasifik antara California USA dan Manila Filipina. Manakala Alaska pula di kutub utara. Secara amnya ianya berjauhan dengan bandar lain.
Ada kurier yang kenakan harga berasingan untuk 2 tempat ini. Ada juga kurier yang menggunakan khidmat pihak ketiga untuk hantar ke kawasan ini.
Setakat ini kadar penghantaran BerkatPos masih sama untuk 2 tempat ini.
Bagaimana untuk kecualikan penghantaran kawasan ni bagi yang menjual di eBay?
Semasa buat penyenaraian barang baru di eBay ataupun bagi yang dah buat penyenaraian boleh ubah. Klik dibahagian Excluded locations.

Pilih kawasan yang nak kecualikan untuk hantar barang.
