Perlu ke isthihar VAT jika nak hantar barang ke UK? Ini adalah persoalan yang selalu orang tanya. Jawapannya ya.
Bagi yang tidak tahu apa itu VAT ianya sama seperti GST. Sebanyak 20% VAT dikenakan terhadap pembeli di UK seperti artikel mengenai VAT sebelum ini.
Jika dahulu penjual boleh isytihar barang supaya pembeli tidak kena cukai. Nilai yang diisytihar ialah kurang dari £15 supaya tidak dikenakan cukai.
Kali ini setiap barang yang nak hantar ke UK pihak kastam akan semak samada sudah bayar VAT ataupun belum. Setibanya barang ke UK pihak kastam akan semak.
Apa akan terjadi jika penghantar isytihar kurang dari harga sebenar?
Pihak kastam UK akan minta salinan pembelian dari pembeli. Pada masa yang sama pihak kurier akan minta juga resit jualan dari penjual iaitu penghantar.
Jika barang itu sudah dibayar VAT tiada masalah. Tetapi ada juga kes walaupun sudah dibayar VAT tetapi nilai yang diisytihar tidak sama, barang itu akan dipulangkan semula kepada penjual.
Apa kesan kepada penjual ataupun penghantar yang nak hantar barang ke UK?
Jika terdapat beberapa kes, pihak kastam akan ban ataupun halang penjual itu. Setibanya barang ke UK dengan akaun penjual yang sama, barang itu akan dipulangkan semula kepada penjual.
Berapa lama itu tidak berapa pasti..Boleh cuba lagi 3 bulan akan hantar barang ke UK dengan akaun kurier yang sama.
Macam mana nak isytihar nilai sebenar?
Letakkan sahaja harga jualan termasuk kos penghantaran kedalam sistem kurier yang anda gunakan. Biasanya akan ada pilihan siapa yang bayar cukai. Pembeli ataupun penjual.
Jika penjual yang bayar ianya akan masuk kedalam bill. Biasanya bukan kena bayar VAT sahaja tetapi duty tax dan juga caj bagi setiap penghantaran.
Perlu tanya akaun manager pihak kurier anda. Setiap kurier berlainan cara dan prosedurnya.
Akhir kalam
Jika anda jual di eBay biasanya caj VAT sudah dikenakan siap-siap terhadap pembeli.
Pembeli dikenakan caj £17.35 VAT seperti di atas. Ada juga kes dimana pihak eBay tidak kenakan caj VAT bagi pembeli dari UK.
Jika berlaku perkara itu, pembeli perlu bayar setibanya barang di UK.