DHL Express mengumumkan yang kadar penghantaran naik minimum 7.9% pada bermula 1 Januari 2023. Ianya perkara biasa bagi DHL Express naikkan kadar pada setiap tahun.
Bagi mereka yang ada akaun DHL, dalam perjanjian ada diterangkan mengenai perkara ini. Tahun lepas kadarnya naik sebanyak 4.9%.
Pihak DHL Express memaklumkan bahawa dengan pelarasan harga tahunan, kami dapat melabur dalam infrastruktur dan teknologi kami untuk memastikan penyelesaian pelanggan yang berdaya tahan, mampan dan bertaraf dunia.
Ia termasuk pesawat dan kenderaan yang canggih, mengembangkan hab dan pintu masuk kami untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, dan melabur dalam penyelesaian hijau dan lebih mampan, seperti bahan api penerbangan mampan dan kenderaan elektrik.
Bagi yang ada akaun DHL biasanya dalam bulan Disember akan diberitahu oleh akaun manager.
Bagi yang menggunakan BerkatPos kadar ini akan diselaraskan bermual pada 1 Januari 2023