Tak mustahil nak pos barang ke United Kingdom (UK) sampai dalam masa satu hari bekerja. Ianya tertakluk kepada beberapa faktor.
Tetapi ianya tidak mustahil dan ianya hanya boleh dilakukan oleh kurier express sahaja seperti DHL Express. Dalam contoh ni kurier DHL Express digunakan.
Ada banyak platform yang penjual Malaysia jual di UK seperti eBay dan Amazon. Cuma jika hendak menjual di UK mesti guna akaun bisnes dan tidak boleh akaun personal. Maknanya perlu ada SSM.
Ada juga pembeli Panduan Export Mudah yang jual di UK. Pada masa artikel ini ditulis kadar tukaran matawang untuk £1 bersamaan 5.75 MYR mengikut kadar tukaran di xe.com.
Faktor yang terlibat dalam pos barang ke UK ialah
Pembeli sudah bayar VAT
Ini sangat penting kerana jika sudah bayar VAT maka tiada lagi masalah tentang cukai. Sekiranya belum maka pihak kastam biasanya akan minta penerima bayar VAT sebanyak 20%. Jika lewat maka makin lambat barang akan sampai.
Baca : Apa perlu buat apabila hantar ke UK & EU
Hari apa anda pos barang ke UK
Hari apa pun memainkan peranan yang sangat penting. Contoh di bawah hantar pada hari Jumaat, 27 Ogos 2021 dan sampai pada Isnin, 30 Ogos 2021. Sehari bekerja tu.

Jika hantar bukan pada hari Jumaat ada juga yang sampai dalam masa 2 hari bekerja. Ada juga sampai dalam masa 5 hari bekerja.
Contoh dibawah shipment sampai dalam masa 2 hari bekerja. Hari Isnin 10 April 2023 DHL pickup dari Pasir Gudang. pada hari Rabu 12 April 2023 iaitu 2 hari selepas itu penerima dari Leeds UK terima barang.

Keadaan cuaca
Biasanya jika berlaku cuaca buruk barang akan disimpan di gudang dahulu. Pihak DHL akan hubungi penghantar tentang situasi ini. Selepas cuaca semakin baik maka ianya terus dihantar.
Barang tidak sangkut kastam
Ada banyak faktor kastam tahan barang. Kadang-kadang ianya hanya pemeriksaan secara rawak. Ataupun jika pihak kastam rasa curiga semasa mengimbas barang ianya akan menyebabkan kelewatan.
Perkara ini memang tidak boleh dielakkan. Bukan di UK sahaja tetapi di mana-mana negara pun biasanya mengamalkan polisi ini.
Penerima ada dimana?
Biasanya sebelum barang dihantar, penerima akan menerima panggilan ataupun pesanan mesej dari pihak DHL. Jika penerima ada di alamat yang dihantar tiada masalah.
Ada juga kes dimana penerima arahkan DHL hantar ke alamat lain. Maka lagi lewat lah waktu penghantaran.
Berapa kos pos barang ke UK
Di BerkatPos.com ada ditunjukkan. Seperti biasanya ianya bergantung kepada berat sebenar dan juga dimensi.
Biasanya mereka yang ingin hantar kepada anak ataupun kenalan dan juga mereka yang menjual di platform luar negafra menggunakan servis BerkatPos.