Perasan tak kalau tengah kaji produk ataupun barang yang anda jual di eBay ada jangkaan barang akan sampai? Contohnya Delivery : Estimated between Thu. 23. and Tue. Sep. 28.
Ianya penting bagi bakal pembeli tahu bila jangkaan barang akan sampai. Walaupun penjual dari luar negara mereka dengan adanya jangkaan masa ini keyakinan bakal pembeli akan bertambah.
Penting untuk anda mengotakan janji yang ditaburkan di listing eBay anda.
1. Handling time
Masa yang diperuntukkan untuk bungkus dan hantar barang. Dalam contoh ini 2 hari bekerja. Jika jualan berlaku pada hari Isnin maka pada hari Rabu mesti sudah masukkan tracking number di eBay.
Apa yang terjadi jika anda tidak kotakan janji 2 hari?
Sistem eBay akan kira berapa peratus anda masukkan tracking number dalam masa yang ditetapkan dan ianya mesti berfungsi dan boleh dijejak. Bukan sekadar masukkan tracking number.
Biasanya jika guna sistem kurier ianya boleh terus dijejak.
Katakan masukkan tracking number lambat dan barang sampai pun lambat maka rating akaun eBay sedikit jatuh. Ini merupakan salah satu indikator yang eBay gunakan untuk tentukan listing eBay di atas carian.
2. Servis kurier
Dalam contoh ini digunakan servis express shipping di luar USA. Oh ye, semasa buat listing eBay untuk khidmat kurier ini, pilihan dibawah digunakan
Dalam Panduan Export Mudah ada diterangkan samada jika guna express shipping ataupun normal shipping.
Jika anda tidak tahu kurier apa nak hantar barang ke luar negara boleh hubungi BerkatPos.com
3. Delivery
Disini ada ditunjukkan bila jangkaan barang yang akan sampai. Barang yang dihantar mesti sampai dalam jangka masa ini.
Pada waktu artikel ini ditulis iaitu pada 13 September 2021 handling time 2 hari dan jangkaan barang sampai 1 hingga 4 hari bekerja. Disini ianya menunjukkan akan sampai antara 23 September hingga 28 September 2021.
Jangkaan barang sampai lebih lama kerana eBay mengambil kira waktu cuti sekali.
4. Dimana barang anda berada
Barang anda berada dimana mainkan peranan. Sebagai contoh dibawah ini
Jika dilihat barang laku pada 29 April 2022 dan perlu hantar barang pada ataupun sebelum 6 Mei 2022. Barang yang laku pada 30 April 2022 tetapi perlu dihantar pada ataupun sebelum 3 Mei 2022.
Pelik tak?
Sebenarnya perlu tahu yang barang laku 29 April tu berada di Malaysia. Handling time buat dalam masa 2 hari dan pada 2 hingga 4 Mei 2022 adalah cuti umum. Sebab itu perlu hantar pada 6 Mei 2022.
Manakala barang yang laku pada 30 April 2022 pula berada di gudang USA dan perlu ikut masa sana. Sebab itu perlu dihantar pada 3 mei 2022.
Akhir kalam
Sebenarnya mudah sahaja. Kotakan janji sepertimana buat dalam listing eBay. Jika buat dalam masa 2 hari maka pada ataupun sebelum 2 hari bekerja perlu dihantar.