Bagi yang sebelum ini menggunakan Flexipack International dari Pos Malaysia pasti berasa sedih dan kemurungan sebab tiada lagi servis itu. Digantung sementara servis ini pada Ogos 2020. Bila akan mula beroperasi semula itu anda kena tanya Pos Malaysia.
Tapi perasan kah anda ada sahaja penjual eBay dari Malaysia yang masih jual dan hantar barang guna normal postage?
Untuk makluman normal postage ialah servis perkhidmatan yang sampai ke luar negara biasanya dalam masa 2 hingga 4 minggu.
Perkongsian dari pengguna Panduan Export Mudah
Salah seorang pengguna Export Mudah berkongsi dengan kami pengalaman menggunakan kurier normal postage di waktu pandemik. Secara purata ianya sampai antara 2 minggu hingga 4 minggu.
Anda boleh lihat berapa lama barang sampai dari Malaysia ke United States seperti di bawah. Oh ye, kurier Singapore Post digunakan.



Walau bagaimanapun ianya masih tertakluk kepada situasi terkini di tempat anda ataupun pihak yang terlibat dalam penghantaran. Ataupun negara yang ingin hantar barang itu lakukan pencegahan covid19. Ada juga yang sampai lebih dari 4 minggu.
Kurier lain
Kami juga bereksperimen dengan beli barang dari penjual Malaysia untuk dihantar ke Singapore. Hasilnya ianya sampai dalam masa 2 minggu.
Penjual ini mengunakan kurier DHL eCommerce.

Akhir Kalam
Bergantung kepada strategi masing-masing ada yang ingin jual murah. Maka solusinya ialah 2 kurier yang disebutkan diatas.
Kalau tengah buat kajian seperti dalam Panduan Export Mudah dan jumpa barang yang murah sepeti bawah $30 USD termasuk shipping, biasanya penjual itu menggunakan normal postage.
Jika anda tiada kurier untuk hantar barang ke luar negara boleh gunakan khidmat BerkatPos.com.