Pembeli open cased di eBay tu perkara biasa. Jangan kata eBay, platform lain pun sama. Mana boleh puas hati semua orang. Kadang-kadang dah buat deskripsi sebaik mungkin tapi pembeli masih tak puas hati.
Bagi contoh ni pembeli sudah dapat barang malah awal dari jangkaan yang ditetapkan eBay. Tetapi tidak puas hati dengan alasan This is not what I needed.
Pembeli tidak pulangkan barang
Sudah open cased tetapi barang ni tidak dipulangkan mengikut masa yang ditetapkan oleh eBay. Hampir 40 hari hasil jualan ini dipegang oleh eBay. Hampir RM500 juga transaksi ini.
Selepas eBay pulangkan balik duit kepada penjual, pembeli terus hubungi khidmat pelanggan eBay. Untuk makluman jika anda kalah dalam kes kemungkinan akaun eBay boleh jadi below standard.

Jadi apa kelebihan eBay managed payment?
Jika sebelum ini gunakan sistem Paypal, pembeli ada 2 pilihan. Selepas tidak berjaya di eBay, akan open cased sekali lagi di PayPal.
Memang pembeli ini panjang akal betul. Biasanya mereka akan pilih alasan yang lain dari eBay.
Jika kalah terpaksa pulangkan duit kepada pembeli. Sedihkan walaupun sebelum ini sudah menang di eBay.
Tetapi dengan sistem baru ini pembeli hanya boleh open cased di eBay sahaja. Jadi selepas mereka kalah tiada peluang lagi untuk open cased ini di PayPal.