Akaun eBay akan jadi status below standard apabila terdapat masalah dengan pembeli dan anda tidak dapat menyelesaikannya. Ataupun anda batalkan order dari pembeli dengan alasan tiada stok.
Peratusan yang menyebabkan akaun below standard adalah 0.30%. Jika ada 1,000 order, ada lebih 3 masalah maka akaun eBay akan jadi below standard.
Apabila akaun eBay below standard, akan ada tambahan yuran eBay yang dikenakan iaitu sebanyak 4%. Jika sebelum ini yuran eBay dikenakan adalah 10% maka yuran eBay yang baru adalah 14%.
Contoh caj tambahan yang eBay kenakan sebanyak 4%.
Ini adalah salah satu cara eBay “menghukum” penjual bagi memastikan platform mereka selamat kepada pembeli.
Menurut eBay, akaun anda akan dinilai setiap 3 bulan jika order melebihi 400. Jika order kurang dari 400 maka akaun eBay akan dinilai selama 12 bulan.
Dalam masa 12 bulan akan dikenakan caj tambahan 4%. Sebab itu jika ada masalah cepat-cepat atasi bagi mengelakkan perkara ini berlaku.