Bermula 5 Mac 2020, Pos Malaysia mengenakan cara pengiraan yang baru. Berita baik ini dapat menjimatkan banyak kos penghantaran bagi yang memakai servis Flexipack International Pos Malaysia.
Pengiraan yang baru seperti ini. Katakan barang dengan berat 180 gram dan muat Flexipack International saiz XS iaitu berat maksimum yang dibenarkan sebelum ini 150 gram.
Sebelum ini anda perlu gunakan saiz S (berat maksimum 250 gram) dimana kos untuk Flexipack International sahaja sudah RM28 walhal masih muat lagi dengan saiz XS (berat maksimum 150 gram).
Dengan cara pengiraan baru ini, anda masih boleh pakai saiz XS dan perlu tambah RM3 iaitu tambahan 30 gram (180 gram – 150 gram). Jadi jumlah yang perlu dibayar adalah RM 21.
Dengan contoh diatas anda boleh jimat RM7 iaitu RM28 ditolak dengan RM21.