Pada 22 September 2021 yang lepas Pos Malaysia mengumumkan yang servis Flexipack International mereka beroperasi semula. Untuk makluman khidmat Flexipack International dihentikan pada 3 Ogos 2020.
Pengumuman ini pada mulanya memberi reaksi yang positif bagi penjual barang dalam talian ke luar negara.
Cuma yang tidak menariknya khidmat ke USA masih tidak beroperasi lagi. Bila boleh hantar Flexipack International ke USA sama-sama kita tunggu pengumuman daripada Pos Malaysia.
Senarai negara yang boleh dihantar adalah seperti di bawah

Kadar penghantaran adalah sama seperti sebelum ini tetapi ditambah dengan emergency charge. Ini perkara biasa sewaktu musim covid19 dimana caj tambahan ataupun surcharge dikenakan.
Sekarang kita lihat perbandingan penghantaran sebelum 3 Ogos 2020 untuk Flexipack International ke United Kingdom. Berat 500 gram diambil kira.

Caj RM48 dikenakan tidak termasuk tracking number. Manakala untuk kadar yang baru seperti di bawah.

Oh ye jangan lupa download aplikasi Pos Malaysia di Apps Store dan Google Play untuk mengetahui kadar penghantaran yang dikenakan.
Jika sebelum ini caj RM48 dikenakan untuk 500 gram dan kadar baru sekarang ialah RM122.40.