Caj tambahan ataupun nama glamor surcharge memang perkara biasa. Setiap syarikat kurier kenakan surcharge yang berbeza tetapi yang pasti ada.
Lagi-lagi pada waktu covid19 dimana caj emergency situation dikenakan.
Sebelum daftar dengan mana-mana syarikat kurier tanya dahulu surcharge yang dikenakan. Ini bagi memastikan tiada caj tersembunyi yang anda fikir pihak kurier kenakan. Walhal ianya memang ada dalam perjanjian.
Bagi yang menggunakan khidmat BerkatPos.com surcharge ini sudah dimaksukkan siap-siap.
Antara surcharge yang dikenakan ialah
Fuel surcharge
Caj berdasarkan harga minyak semasa mingguan. Kadar ini berubah-ubah setiap minggu. Biasanya antara 15% ke 25%.
Biasanya kurier express yang kenakan caj ini seperti DHL Express dan Fedex.
Emergency Situation
Yang ni semua syarikat kurier kenakan. Nama lainnya ialah covid surcharge. Kadar yang dikenakan berbeza mengikut syarikat kurier dan juga negara.
Sebagai contoh untuk pengantaran ke USA, emergency situation dikenakan sebanyak MYR 0.50 bagi setiap 500 gram. Untuk ke Singapura dikenakan RM4.30 bagi setiap kilogram. Untuk ke Australia sebanyak RM10 bagi setiap kilogram.
Ianya contoh sahaja ye. Kena tanya syarikat kurier yang digunakan.
Address correction
Jika gunakan perkhidmatan kurier express, mereka akan hubungi penerima dahulu. Jika penerima mengarahkan untuk ubah alamat maka akan ada caj tambahan.
Ada syarikat yang kenakan RM50 bagi setiap perubahan alamat. Tapi jangan risau, ikut pengalaman dalam 200 penghantaran ada satu sahaja yang ubah alamat.
Resident Delivery
Ada kurier yang kenakan caj tambahan jika alamat penerima ialah alamat rumah. Nampak macam pelik tapi memang ada surcharge ini.
Semasa masukkan alamat penerima ke portal, sistem akan automatik kesan alamat rumah. Jadi ada caj tambahan akan dikenakan.
Pickup charge
Ada kurier yang kenakan caj ini. Sebagi contoh ada 10 barang yang ingin hantar ke luar negara. Anda kumpulkan kedalam satu kotak kesemua 10 barang itu. Akan ada caj yang dikenakan untuk ambil barang dari alamat anda.
Tak semua kurier kenakan tetapi ada juga yang kenakan.
Remote area
Untuk kawasan pendalaman akan ada caj tambahan. Ianya terjadi kerana biasanya syarikat kurier akan gunakan khidmat kurier lain di negara itu. Bahasa mudahnya kurier anda sub kerja penghantaran kepada syarikat lain.
Mengikut pengalaman biasanya di Australia yang banyak kena. Penduduk Australia ramai yang tinggal di tepi lautan. Tidak ramai yang tinggal di kawasan gurun dan pulau.
Jadi kawasan ini biasanya yang dikenakan caj tambahan.
Dimension
Ada yang kenakan caj tambahan sekiranya barang terlalu besar ataupun panjang. Sebagai contoh barang yang ingin dihantar mestilah bawah 300 cm panjangnya.
Jika terlebih maka caj tambahan akan dikenakan. Ini kerana barang yang dihantar itu mengambil ruangan yang banyak. Boleh tahan mahal juga caj ini. Ada kurier yang kenakan RM400 sekiranya barang terlalu besar ataupun panjang.