DHL Express mengumumkan yang kadar penghantaran naik minimum 4.9% pada bermula 1 Januari 2022. Ianya perkara biasa bagi DHL Express naikkan kadar pada setiap tahun.
Bagi mereka yang ada akaun DHL, dalam perjanjian ada diterangkan mengenai perkara ini. Tahun lepas kadarnya naik juga. Sama juga macam sekarang ini mereka umumkan sebelum kuarter ke empat.
Pihak DHL Express memaklumkan bahawa kadar kenaikkan ini disebabkan inflasi dan juga kadar tukarang matawang yang dinamik. Ia juga bertujuan untuk melabur ke teknologi dan keselamatan.
Bagi yang ada akaun DHL biasanya dalam bulan October ataupun November akan diberitahu oleh akaun manager. Kadar minimum yang akan naik adalah 4.9% dan kadar maksimum ialah 6.9%.
Kadar kenaikkan ini bergantung kepada berapa banyak penggunaan pada tahun 2021.