Tak mustahil nak pos barang ke Singapore dalam masa satu hari. Ianya hanya boleh dilakukan dengan kurier express sahaja. Walaubagimanapun ianya bergantung kepada beberapa faktor. Dalam contoh ini kurier DHL Express digunakan.
Ramai penjual dari Malaysia sasarkan pelanggan dari Singapore atas salah satu sebab iaitu tukaran matawang. Sewaktu artikel ini ditulis 1 Singapore Dollar bersamaan 3.09 MYR mengikut tukaran google finance.
Sama juga macam pembeli Panduan Export Mudah dimana mereka jual barang ke luar negara seperti USA, UK, Canada dan Australia atas faktor tukaran matawang.
Faktor yang terlibat dalam pos barang ke Singapore ialah
Tahu bagaimana kurier berfungsi
Bergantung kepada lokasi, cara untuk kurier ambil barang dari alamat anda hingga ke proses penghantaran perlu anda tahu. Sebagai contoh jika gunakan kurier DHL Express dan lokasi berada di Muar.
DHL dari Melaka akan ambil barang kemudian dibawa ke Melaka kemudian dibawa ke Subang. Selepas itu ianya akan terbang ke Singapore.
Jika lokasi di Johor Bahru ianya akan terus ke Singapore dengan pengangkutan lori.
Hari apa anda pos barang ke Singapore
Ianya mempengaruhi juga. Sebagai contoh jika anda hantar pada hari Jumaat, barang akan sampai Singapore pada hari Sabtu. Tiada penghantaran untuk barang yang sampai pada hari sabtu di Singapore. Jadi perlu tunggu hari Isnin untuk sampai.
Macam contoh diatas pada hari Isnin 5 April 2021 barang diambil dari pejabat kami di Johor Bahru kemudian sampai ke Singapore pada hari yang sama pada malam itu juga.
Pukul 9:36 pagi keesokan harinya barang mula dihantar ke penerima dan pada pukul 10:56 pagi sudah berjaya dihantar kepada penerima.
Penerima ada tak di alamat yang nak dihantar?
Jika tiada orang macam mana kurier DHL nak hantar? Kalau sampai ke Singapore dalam masa satu hari pun tetapi tiada orang ianya akan menyebabkan sedikit kelewatan.
Barang di atas sampai ke sampai ke Singapore pada hari yang sama tetapi penerima tidak ada di rumah. Jadi penghantaran semula hanya dilakukan setelah pihak kurier DHL hantar telefon penerima.
Barang tidak sangkut kastam
Kalau barang sangkut kastam biasanya memang lama sedikit kelewatan. Bergantung kepada dokumen tambahan yang pihak kastam Malaysia ataupun pihak kastam Singapore minta.
Selepas dokumen tambahan yang diminta itu diberi ianya boleh dilepaskan dan dihantar kepada penerima. Jika pihak kastam tidak puas hati dengan dokumen itu ianya akan lewat lebih lama.
Berapa kos pos barang ke Singapore
Ianya bergantung kepada berat ataupun dimensi. Jika berat adalah 2 kilogram tetapi dimensi adalah 5 kilogram pihak kurier akan kira yang paling tinggi iaitu 5 kilogram. Begitu juga sebaliknya.
Baca : Apa itu dimensi dan berat bagi bungkusan barang
Semakin berat barang semakin mahal caj penghantaran. Boleh klik pautan di bawah untuk hantar barang ke Singapore
Penghantaran buku n kudapan dari JB ke sg ..
Iya, Berkat Pos boleh bantu pos barang tersebut ke sana. Kami sudah menghubungi puan di email. Puan juga boleh hubungi kami di whatsapp 01133078384 🙂
Hai. Betul ke kalau beli barang dari Singapura saya perlu deposit RM1700 untuk utusan kastam? Kalau tak saya akan didenda berpuluh ribu. Saya terima ugutan dari penjual barang tersebut dan juga seseorang yang mengalu staff Pos.
Semoga dipermudahkan urusan. Amin.