Untuk makluman sebelum ini pihak BerkatPos hanya menggunakan kurier DHL untuk menghantar barang ke luar negara. Kini pihak BerkatPos menambah satu lagi kurier iaitu FedEx.
Berapa lama FedEx dan DHL Express hantar kepada pembeli?
Ada beberapa faktor yang mempengaruhi. Antaranya cuaca ataupun iklim di negeri itu, tiada pemeriksaan lanjut pihak kastam, alamat penerima dengan pusat serahan juga penerima menjawab telefon kurier.
Di bawah adalah contoh masa yang diambil untuk DHL dan juga FedEx hantar barang dari Malaysia ke United States.


Untuk makluman kedua-dua tangkap layar gambar diatas sudah diubah sedikit kerana terlalu panjang gambar. Kedua-dua kurier memperlihatkan butiran dari masa ke semasa status penghantaran.
Untuk FedEx dari Senai, Johor pada 9 Julai 2022 dan sampai kepada penerima pada Rabu 13 Julai 2022. Manakala untuk DHL Express pula dari Subang Jaya, Selangor pada 8 Julai 2022 dan sampai kepada penerima pada 12 Julai 2022.
Perbandingan di atas tidak boleh diambil kerana ianya bergantung kepada faktor yang diberitahu sebelum ini. Tetapi ianya tidak mengambil masa yang sangat berbeza untuk penerima terima barang dari Malaysia.
Siapa yang tentukan untuk pengunaan kurier?
Buat masa ini pihak BerkatPos yang tentukan kurier yang akan digunakan. Untuk tracking number di eBay boleh pilih DHL ataupun DHL Express sekiranya menggunakan DHL manakala untuk FedEx hanya pilih FedEx sahaja

Siapa yang boleh gunakan BerkatPos?
Untuk maklum BerkatPos terbuka untuk semua. Antara pengguna Berkatpos ialah mereka yang menjual di eBay, Etsy, Bonanza dan juga untuk kiriman peribadi seperti hantar barang kepada keluarga di luar negara.
Bagi yang ingin menghantar barang ke luar negara boleh layari BerkatPos.com dan hubungi kami disana.