Seperti dalam Panduan Export Mudah antara kelebihan BerkatPos ialah anda boleh pos barang yang dibeli dari Shopee,Lazada ataupun pembekal lain terus ke pejabat kami.
Kami memahami kadang kala barang yang dibeli dari Shopee atau Lazada lambat sampai ke pejabat kami disebabkan masalah kurier atau lain-lain.
Jika anda menghadapi masalah seperti dibawah , BerkatPos boleh bantu anda untuk dapatkan tracking number awal. Ianya penting bagi memastikan akaun eBay anda menepati Tracking uploaded on time and validated
Berikut ialah cara untuk dapatkan tracking number awal
Berikan maklumat barang dan tracking number ke office
Untuk menggunakan perkhidmatan BerkatPos, langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah maklumkan maklumat barang melalui telegram BerkatPos seperti :
- Barang apa yang nak dihantar
- Hantar barang kemana contohnya USA
- Tracking number dari Shopee atau Lazada
Buat bayaran awal
Setelah maklumkan maklumat barang , maklumkan terlebih dahulu kepada kami untuk dapatkan tracking number ke luar negara awal sebelum barang sampai ke office dan boleh buat bayaran di berkatpos.com
Tak tahu nak pilih berat yang mana di berkatpos.com ?
Sekiranya anda tahu berat barang anda melalui Shopee atau Lazada , anda boleh terus buat bayaran mengikut berat tersebut.
Bagi yang tidak tahu atau tidak pasti boleh pilih berat paling kecil iaitu 0.01 Kg – 0.50 Kg. Apabila barang sampai ke pejabat , kami akan timbang dan beritahu berat sebenar.
Apa jadi sekiranya berat terlebih ?
Sekiranya berat terlebih , pihak berkatpos akan maklumkan untuk bayaran tambahan dan sekiranya berat terkurang kami akan pulangkan duit atau kami bawa jumlah tersebut untuk bayaran seterusnya.