Cara menjual di Tiktok ini lebih kurang sama sahaja konsepnya dengan platform e-dagang yang lain.
Seperti yang kita sedia maklum , Shopee dan Lazada merupakan antara platform perniagaan atas talian yang popular di Malaysia. Tapi tahukah anda, kini semakin ramai peniaga telah mula beralih ke Tiktok Shop !


Kenapa perlu berniaga di Tiktok Shop ?
Aplikasi TikTok pada mulanya merupakan platform media sosial yang banyak digunakan oleh generasi muda.
Namun, semakin ramai golongan berusia kini juga tidak mahu ketinggalan dengan trend semasa di aplikasi ini.
Telah terbukti TikTok memberikan lonjakan terbesar pada carian Google dalam tempoh 90 hari pada akhir April lalu, mengatasi rangkaian sosial popular lain seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Antara hashtag yang tentu anda pernah nampak di media sosial adalah #RacunTiktok di mana ia merupakan kandungan untuk pengguna mempromosikan atau memasarkan produk dengan cara yang unik serta menarik.
Jadi selain daripada memuat naik video, anda juga boleh mencari pendapatan tambahan sebagai penjual di TikTok Shop.
Trafik pengguna di TikTok kini juga semakin tinggi , jadi lebih mudah untuk anda mendapatkan pelanggan membeli produk anda.
Syarat Untuk Daftar TikTok Shop
TikTok telah menetapkan dua syarat untuk melayakkan anda menggunakan TikTok Shop seperti berikut:
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai pengikut di Tiktok lebih 1000 orang
Jika anda sudah mencapai syarat yang ditetapkan, anda boleh mendaftar akaun TikTok Shop dan mula menjual produk bersama penonton dan pengikut anda di TikTok.
Cara membuka akaun Tiktok Shop
Jika anda berminat untuk meningkatkan perolehan jualan produk anda , semua peniaga dialu-alukan untuk mewujudkan TikTok Shop.
Sebagai panduan, berikut adalah cara membuka akaun di Tiktok Shop :
- Buka TikTok Shop Seller Center untuk mendaftar akaun sebagai peniaga Tiktok. Anda boleh memilih untuk menggunakan akaun peribadi atau membuat akaun peniaga Tiktok baharu.

- Pilih kategori anda

- Login atau daftar akaun

- Setelah berjaya daftar masuk ke dalam akaun, lengkapkan maklumat tentang Tiktok Shop anda untuk memaksimumkan jualan anda. Maklumat ini perlu diisi sebelum anda boleh menambah produk dalam Tiktok Shop anda.
- Sebelum produk anda boleh dijual di TikTok Shop, anda perlu mengesahkan dokumen terlebih dahulu. Sahkan dokumen pada halaman utama, kemudian klik Muat Naik Dokumen.

- Langkah seterusnya ialah dengan menambahkan produk. Jika akaun anda telah berjaya disahkan, anda boleh mula menambahkan produk untuk dijual.
- Lengkapkan penerangan tentang produk yang akan anda jual seperti nama produk, kategori, gambar dan berikan penerangan untuk memudahkan pelanggan anda membeli-belah.

- Yang terakhir, sambungkan akaun bank anda dengan Tiktok Shop untuk mendapatkan bayaran dari hasil jualan anda.

Setelah anda tahu cara menjual di Tiktok Shop dan mempunyai akaun , anda juga perlu mempromosikan katalog produk anda di TikTok.
Buat kandungan video pendek di TikTok mengikut pasaran sasaran anda. Ini boleh membantu anda mempromosikan produk dan kedai anda di TikTok.
Bagi yang takut untuk mencuba menjual di Tiktok Shop , ini adalah contoh hasil jualan kurang dari oleh peniaga yang baru berjinak dalam dunia Tiktok.

Sambil-sambil anda buat video kandungan di TikTok sambil menjual sekali. Siapa tahu ada rezeki.
Oh ye bagi yang ingin menjual barang ke luar negara boleh rujuk Panduan Export Mudah. Bagi yang ingin menghantar barang ke luar negara anda boleh klik sini.
Info terbaik dan menarik.
Terima kasih atas komen.