Cara naikkan order eBay tidak susah jika tahu strateginya. Yang penting anda ada sumber yang baik. Sumber disini bermaksud ilmu, modal dan juga masa. Salah satu caranya ialah dengan menyewa gudang di USA.
Jika anda selalu cari barang yang laku di eBay dan lihat penjual dari Malaysia tetapi barang mereka berada di USA. Biasanya ada 2 kemungkinan. Yang pertama mereka dropship dari USA dan yang kedua mereka menyewa gudang di USA.
Dropship tidak digalakkan kerana tiada kawalan terhadap kualiti dan barang yang dijual.
Macam mana nak tahu penjual sewa gudang
Boleh lihat dalam listing eBay. Contoh di atas barang ini Located in: Quincy, Illinois, United States dan penjual ini dari Malaysia.
Ilmu cara naikkan order eBay dengan sewa gudang di USA
Ni paling pentingkan sekali untuk tahu berapa kos yang terlibat. Biasanya ada 5 kos utama.
- Pembelian stok
- Kos penghantaran stok ke gudang USA
- Kos simpan barang di gudang USA
- Kos gudang terima barang
- Kos penghantaran ke pembeli USA
Setiap gudang berbeza caj yang dikenakan. Boleh baca artikel ini untuk tahu tentang kos gudang USA ni.
Modal yang dikeluarkan
Bagi mereka yang baru menjual di eBay tidak sesuai menyewa gudang di USA. Bagi mereka yang ingin banyak jualan ini cara naikkan order eBay.
Modal yang perlu dikeluarkan permulaan biasanya 4 angka. Ini belum tentu ada jualan lagi. Bagi mereka yang dah lama menjual akan perasan barang yang berpotensi laku.
Untuk beli stok takkan hendak hantar sedikit sahaja. Mungkin sesuai untuk pertama kali anda mencuba untuk tahu aliran, sistem dan kos yang terlibat. Untuk kali kedua mesti hantar dengan banyak untuk mengoptimumkan kos.
Jika tidak tahu supplier nak beli barang boleh rujuk sini.
Masa
Kos masa disini banyak yang terlibat. Pertama sekali kena tunggu kesemua barang yang dibeli sampai pada kita dahulu. Kemudian perlu bungkus setiap barang satu per satu mengikut SKU ataupun jenis barang.
Sebelum beli barang mesti anda buat kajian dahulu kan? Ini pun mengambil masa yang lama. Kena kaji dan fikir betul-betul samada stok barang yang nak dibeli ini mampu terjual ataupun tidak.
Masa penghantaran ke gudang pun memainkan peranan. Lagi cepat barang sampai lagi cepat kemungkinan barang itu terjual.
Kajian kes
Order di atas semuanya hasil dari sewa gudang di USA. Anda boleh hubungkan akaun eBay dengan perisian laman website gudang yang disewa. Jika ada order eBay akan automatik hantar kepada pembeli dan isikan tracking number di akaun eBay.
Dari segi pembayaran pula ianya automatik ditolak dari kad kredit ataupun debit.
Ada juga perlu membuat pembayaran melalui perbankan internet. Biasanya melalui maybank dan perlu swift code. Yang ini agak teknikal sikit. Tetapi jangan risau pihak gudang USA akan beri arahan yang jelas.
Apa kriteria untuk sewa gudang
1. Cepat menjawab pertanyaan
Dalam apa-apa platform yang digunakan akan ada masalah ataupun kejadian yang tidak diingini. Penting untuk mereka menjawab dengan segera.
2. Ada perisian untuk hubungkan dengan akaun eBay
Ianya memudahkan kerja anda. Walaupun ianya tidak 100% automatik ianya dapat kurangkan banyak masa.
3. Return order
Tidak kisah anda sewa gudang USA ataupun hantar barang dari Malaysia. Jika anda sudah lama menjual di eBay akan ada pembeli ingin pulangkan order. Jadi jika ianya boleh dipulangkan ke gudang dengan kos yang minima sangat membantu.
Akhir kalam
Konsep ini sama seperti FBA iaitu Fulfillment by Amazon. Permainan ini berbeza dengan mereka yang baru mula ataupun berjinak dengan eBay.
Ianya langkah seterusnya bagi mengembangkan jualan eBay. Selain hantar terus kepada pembeli di USA, ramai juga yang gunakan khidmat BerkatPos untuk hantar ke gudang USA. Ini adalah salah satu strategi dan cara untuk naikkan order eBay.
Bagi yang ingin hantar barang ke luar negara boleh menggunakan khidmat Berkatpos.
Contoh saya ada akaun ebay tak buat jual beli selama ini..persoalannya ebay kenakan cas bayaran keatas saya?
Tak kena caj