Cara guna Wise mudah sahaja. Jika tidak tahu apa itu Wise ianya adalah cara untuk terima dan bayar transaksi dalam dan luar negara.
Pada masa artikel ini ditulis ianya boleh pindah dan terima wang ke lebih 80 negara.
Ada juga platform yang gunakan Wise sebagai medium penerimaan pembayaran seperti GOAT.com. GOAT ialah platform membeli dan menjual sneakers, baju dan aksesori.
Pandaftaran Wise
Macam biasa cara guna wise kena daftar dahulu. Caj RM100 akan dikenakan. Duit ini akan masuk semula ke akaun wise anda.
Perlu submit dokumen yang diminta dan perlu pengesahan identiti dengan selfie bersama kad pengenalan dan muka.
Wise mempunyai virtual dan juga fizikal debit kad. Jika inginkan fizikal caj penghantaran RM13.60 akan dikenakan bagi penghantaran biasa. Ianya mengambil masa 2 hingga 4 minggu.
Jika inginkan cepat kad debit ini boleh pilih kurier express dimana sepantas 3 hari sudah boleh terima. Caj RM50 akan dikenakan.
Kad ini dihantar dari Singapore.
Apa beza kad debit wise dengan bank tempatan?
Katakan anda ingin beli barang dalam dan luar negara. Pada masa takut untuk guna kad debit ataupun kad kredit bank sedia ada.
Disini kegunaan kad debit wise. Anda hanya perlu tambah nilai yang digunaan sahaja.
Apa beza wise dengan servis lain?
Jika anda terima duit dari luar negara penerima akan dapat nilai yang sama. Tiada caj yang dikenakan kepada penghantar mahupun penerima.
Berbeza dengan servis seperti PayPal ada caj yang dikenakan
Untuk PayPal sekiranya £371.60 dihantar sebanyak £18.40 yuran dikenakan. Hampir 5% yuran dikenakan. Penerima akan dapat £353.20.
Untuk Wise pula £190 dihantar dan penerima akan dapat £190 juga. Banyak penjimatan disini.
Walau bagaimanapun jangan tinggalkan terus PayPal. Ada juga pembeli lebih selesa menggunaan PayPal.
Apa caj yang Wise kenakan?
Jangan risau Wise bukannya buat kerja amal.
Sekiranya ingin keluarkan duit dari Wise ke akaun bank akan dikenakan sedikit caj. Tidak sampai 1% caj dikenakan. Pengeluaran dari PayPal ke akaun bank tiada caj dikenakan.
Satu lagi kelebihan kadar tukaran Wise lebih tinggi dari Paypal. Exchange rate Wise 5.39976 dari matawang GBP ke MYR. Biasanya PayPal akan kurang sedikit seperti 5.19.
Cara guna Wise
Anda perlu tambah matawang di akaun Wise. Boleh tambah berpuluh matawang seperti USD, GBP, SGD, AUD dan sebagainya.
Kemudian jika ingin terima duit dari matawang tertentu hanya perlu klik receive & request payment. Kemudian hantarkan pautan melalui email ataupun whatsapp kepada penghantar.
Penghantar boleh bayar menggunakan bank tempatan mereka. Konsep yang sama seperti anda ingin pindahkan wang MYR melalui perbankan dalam talian seperti MAE, cimbclicks dan sebagainya.
Siapa yang patut guna Wise
Untuk mendaftar akaun eBay anda perlukan kad debit. Kad Wise boleh digunakan jika anda tidak mahu menggunakan kad debit yang sedia ada.
Jika anda penjual eBay seperti Panduan Export Mudah dan untuk terima pembayaran boleh gunakan Wise. Ada bab yang dikongsi untuk transaksi luar eBay.
Jika ingin melancong ke luar negara pun boleh. Katakan anda dapat duit dalam GBP dan ingin melancong ke Singapore. Boleh gunakan kad debit ini. Matawang GBP ataupun USD boleh ditukarkan ke SGD.
Bagaimana untuk mendaftar Wise.
Senang sahaja. Klik pauatan dibawah dan ikut arahan yang Wise arahkan. Mudah sahaja.
Daftar Wise.com
apa beza kad fizikal dengan virtual?