Tiada email yang dapat dari Payoneer dari Isnin lepas 16 Januari 2023 sehingga awal pagi Khamis. Email yang dimaksudkan ialah pengeluaran dari Payoneer ke akaun bank Malaysia.
Jika tiada email bermakna tidak masuk pengeluaran ke akaun bank.
Walaupun pengeluaran dilakukan pada pagi Isnin email yang diterima pada awal pagi Khamis.
Untuk makluman sekiranya sudah dapat email seperti diatas biasanya pengeluaran akan masuk ke akaun bank dalam masa sehari hingga 5 hari bekerja. Biasa jika pengeluaran sebelum pukul 9 pagi akan masuk pada lewat hari yang sama.
Tidak pasti sebab apa. Hasil tinjauan di Facebook dan Twitter Payoneer tiada apa-apa pengumuman.
Bagi yang masih tidak dapat email pengeluaran boleh hubungi pihak Payoneer.