Ramai penjual eBay ataupun platform luar negara dari Malaysia ada masalah tukarkan ayat melayu ke inggeris. Sudah terlupa apa yang cikgu ajar di sekolah dahulu (alasan).
Dengan kemajuan teknologi sekarang ini hampir semua orang boleh lakukan. Anda mungkin akan teka guna google translate. Ianya betul tetapi ada satu lagi perisian yang digunakan.
Masalah yang selalu google translate lakukan ialah grammar yang tidak tepat dan betul. Lebih elok jika anda mesej pembeli ataupun bakal pembeli yang bertanya dengan ayat yang betul.
Cara tukar melayu ke inggeris
Ianya bergantung kepada tahap penguasaan bahasa inggeris anda. Diandaikan kurang mahir betul dalam penguasaan inggeris.
Tukarkan ayat bahasa inggeris yang terima kepada bahasa melayu menggunakan google translate dahulu. Boleh salin dan tampal dahulu ke bahasa melayu.
Selepas dapat gambaran apa yang pembeli ataupun bakal pembeli tanya anda taip sekali lagi di google translate ini. Taipkan ayat yang anda nak jawab itu dalam ke inggeris pula.
Masuk ke laman https://quillbot.com
Laman ini yang mengubah ayat inggeris anda dengan betul. Ianya percuma. Betul percuma untuk 125 patah perkataan sahaja.
Ianya sudah mencukupi. Bukannya anda nak jawab seperi karangan. Namun jika tujuan anda jauh lebih besar dari menjawab pertanyaan pembeli boleh langgan.
Contoh terjemahan Quillbot
Dengan adanya perisian ini sudah menjimatkan masa untuk anda fikirkan ayat nak tukar daripada Bahasa Melayu ke Inggeris.
Ayat yang ditulis pun sedap didengar. Tak perlu pening kepala fikir.
Berapa kos langganan untuk Quillbot
Semasa artikel ini ditulis ianya bermula dengan $9.95 USD jika bayar secara bulanan. $39.95 USD untuk setengah tahun dan $49.95 sekiranya melanggan untuk setahun.
Seperti yang diberitahu sebelum ini bergantung kepada penggunaan anda. Sebenarnya untuk yang versi percuma sudah cukup jika sekadar menjawab persoalan pembeli.
Akhir kalam
Ada kenalan yang ambil staf pandai bahasa inggeris untuk mengatasi masalah ini. Dengan perisian ini hampir semua orang boleh lakukan.
Apa yang penting anda mula buat listing di eBay. Apabila barang terjual boleh guna kurier dari BerkatPos. Jika tiada jualan untuk 3 bulan boleh fikir untuk tukarkan listing lain ataupun semak harga.